http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

World First Ladies Summit: Rosmah gagal kumpulkan “first lady”

Posted by Love Perak | Saturday, October 09, 2010 | 2 comments »

SHAH ALAM 9 Okt – Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta dakwaan pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan kebanyakan Wanita Pertama negara maju menjarakkan diri mereka daripada terlibat dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran beliau.

Malah acara tiga hari bermula Isnin depan hanya dihadiri oleh 20 Wanita Pertama yan.kebanyakannya datang dari ‘dunia ketiga’.

Wanita Pertama yang hadir termasuk dari Albania, Afghanistan, Chile, Congo, Gambi Ghana, Guinea Bissau, Iran, Jamaica, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Soerra Leone, Sri Lanka, Sudan dan Zambia

Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dikatakan menghina dengan merampas gelaran yang pada sisi Perlembaagaan adakah hak Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar Wanita Pertama Malaysia.

“Imej beliau di kalangan Wanita Pertama negara Eropah dan Amerika Syarikat sudah tercalar. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan beliau yang terpalit dengan bermacam-macam tuduhan yang memalukan negara.

“Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya wanita Pertama atau First laday dari segi Perlembagaan Persekutuan boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini amat memalukan imej negara,” kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan.

Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah dengan ‘menyamar’ sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang mencerminkan kejelekan peribadi beliau.

Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidamng Parlimen.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan “Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya” jelas dinyatakan, ” Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong”.

“Memang kita sudah bawa isu ini di dalam Parlimen dan saya sudah pun membahaskan perkara ini pada sidang yang lepas. Jadi kita akan teliti lagi sekali dan saya akan persoalkan mengapa kerajaan boleh berikan peruntukan dana awam untuk sidang kemuncak ini serta apa peranan dan keperluan penganjuran sidang berkenaan?

2 comments

  1. Anonymous // October 9, 2010 at 4:22 PM  

    Rosmah ni bukan sahaja badan tebal tapi lebih-lebih lagi muka tebal.Dia bukan tak tau,dinegara-negara yang diperintah oleh "Presiden" aje yang ada First Lady(Isteri kepada Presiden).Isteri Perdana Menteri tidak dikira sebagai First Lady.Betul punya bahalol.Reputasi dia bukan baik sangat,dunia sudah tau dia terpalit dengan pembunuhan Altantuya.First Lady yang punya reputasi mulia dan terhormat tak akan datang atas jemputan bahalol ni.Apa Najib buat? Tak ada apa-apa - takuuuut!

  2. Putra IJ80 // October 10, 2010 at 12:44 PM  

    Biar lah dia buat apa dia suka,di dunia undang undang ciptaan manusia,maka ia boleh di ubah mengikut cita rasa pihak pihak yang berkuasa,Dia merasa dirinya 1st lady di Malaysia,so far ada siapa yang mencabarnya? Kita rasa ada yg.lebih layak,tapi apa sumbangan nya? Habis tur kita bising hanya ibarat Tin kosong,sekadar bunyi,apa ada kesan nya?. Biarkan dia.