http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Zahid Hamidi - Mustahil Mansuh ISA

Posted by Love Perak | Saturday, August 01, 2009 | 1 comments »

Mustahil untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi ia boleh dipinda atau ditukar namanya supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa, kata menteri pertahanan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata negara memerlukan undang-undang seperti ISA yang boleh menahan seseorang itu untuk disoal siasat sebelum sesuatu perkara atau kes itu dibawa ke mahkamah, selain turut memerlukan undang-undang lain.

"Pada hemat saya, kita jangan lihat dalam negara kita sahaja. Lihat di negara jiran kita atau di negara-negara lain.

"Mereka pun mempunyai undang-undang yang lebih kurang sama atau yang lebih keras daripada itu.

"Maka ia (ISA) adalah bertujuan untuk mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik supaya tidak menimbulkan permasalahan agama, kaum dan budaya dan inilah yang mahu ditekankan oleh pihak kerajaan," katanya selepas merasmikan kursus pidato politik anjuran Umno Cheras hari ini.

Mengulas perhimpunan oleh Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris hari ini, Ahmad Zahid berkata
pihak berkenaan tidak perlu takut dengan kewujudan ISA jika mereka tidak melakukan kesalahan.

"Saya bercakap atas pengalaman pada tahun 1998. Saya rasakan walaupun masa itu saya ditahan (di bawah ISA), saya reda dengan keadaan itu.

"Apabila saya ditanya dan disoal siasat, saya berpendapat polis telah menjalankan kerja secara profesional," kata Ahmad Zahid.

1 comments

  1. rahmat haron // August 1, 2009 at 10:45 PM  

    namanya bukan zahid hamidi.

    sekarang baru kita tahu namanya Mosad Hamidi atau Zahid Mosad Hamidi.

    kena ingat, dia pergi menghadap sembah perdana menteri zionis israel (atau kata setiausaha politiknya menteri perang israel)