http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kenyataan Ketua Polis Selangor Satu Penipuan Nyata..!!!

Posted by Love Perak | Monday, August 31, 2009 | 0 comments »


Ketua Polis Selongor, Datuk Khalid Abu Bakar



Kerajaan Rakyat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Polis Selangor, kepada Ketua Polis Selongor, Datuk Khalid Abu Bakar khasnya. Tahniah kerana kali ini beliau cuba bertindak mengikut prosedur siasatan. Kononnya….!!!!



“Kita tidak boleh menangkap orang begitu sahaja dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan,” kata Datuk Khalid seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini.



Polis berharap dapat menyiapkan siasatan berhubung protes pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 dan perarakan kepala lembu menjelang Selasa depan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.



Hello Datuk Khalid, benar saudara adalah Ketua Polis Selangor. Benar uniform saudara perlu dihormati. Benar pangkat kamu wajar diakui. Tetapi, pembohongan, penipuan, pendustaan, kecuaian dan putarbelit kamu perlu disepak ke longkang..!!!



Kata-kata kamu “Kita tidak boleh menangkap orang begitu sahaja dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan,” adalah satu pendustaan. Saya ulangi, satu pendustaan..!!!



Kamu berdusta kerana, kalau benar menangkap orang begitu sahaja bukan amalan kamu serta anggota bawahan kamu, maka atas alasan apa Polis bukan hanya menangkap rakyat yang berhimpun semasa ‘Perhimpunan Bersih’, ‘Perhimpunan Mansuh PPSMI’ dan beberapa perhimpunan aman yang lain malahan pihak Polis dengan segala kezalimannya telah turut mencederakan rakyat yang berhimpun secara aman semasa perhimpunan tersebut?



Bohong sekiranya pihak Polis mengatakan mereka tidak bersedia terhadap perancangan perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara yang ditaja oleh umno. Lama sebelum perhimpunan tersebut diadakan beberapa blog dan laman web pro UMNO telah menyiarkan dan mengajak orang ramai untuk menyertai perhimpunan tersebut.



Rumusan saya, Polis hanya bertindak terhadap mana-mana perhimpunan yang diusahakan oleh mereka yang tidak sehaluan dengan parti UMNO/BN. Gambaran yang cuba dipaparkan ialah tindakan hanya dilakukan dan dilakukan dengan penuh kekerasan terhadap sesiapa sahaja yang menentang UMNO/BN.



Persoalan yang timbul, apakah tugas Polis tertakluk kepada menjaga kepentingan politik UMNO/BN atau menjaga keselamatan dan membantu memartabatkan kedaulatan serta kesejateraan RAKYAT?



Saya amat yakin kiranya yang melakukan demonstrasi itu terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat, maka belum sempat kepala lembu itu diarak, berpuluh orang yang akan disiram dengan air asid atau ditembak dengan gas pemedih mata.



Maka itu, tidak keterlaluan jika rakyat kerap mengatakan polis bertindak menurut telunjuk pemimpin UMNO/BN demi kepentingan politik kepartian mereka dan bukan atas kesedaran menjaga kesejahteraan rakyat.



Walau bagaimanapun kira benar Polis telah insaf, (saya kurang yakin) maka Alhamdulillah, bersyukur kita kepada ALLAH SWT.



Salam Takzim dan Salaam Ramadhan kepada seluruh anggota Polis yang beragama Islam. Bertugas dan bertegaslah demi Agama, Bangsa dan Negara, jangan bertugas dan bertegas demi UMNO kerana UMNO/BN akan pupus dan lupus selepas pru-13 nanti, InsyaALLAH.



Kepada Ketua Polis Selongor, Datuk Khalid Abu Bakar, maaf saya pohon kira saudara sakit hati membaca titipan saya ini. Walau apapun di bulan Ramadhan yang mulia ini saya doakan saudara dilimpahi taufik dan hidayah dari ALLAH SWT.


-Kerajaan Rakyat

0 comments