http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Khairy Kantoi Menipu Lagi...

Posted by Love Perak | Monday, August 24, 2009 | 0 comments »

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan wujudnya pengundi hantu dalam pilhan raya kecil DUN Permatang Pasir seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Sebenarnya tidak ada pengundi hantu. Kepada Pemuda Umno, mereka berikan (jumlah) beribu (pengundi hantu), kita semak sebenarnya 14 (nama) sahaja.

"Sebenarnya mereka telah mendaftar tahun 1998 sebelum pindaan akta (pilihanraya) pada 2002.

"Dan mereka berhak mengundi, sebab mereka yang mendaftar sebelum tahun 2002, mereka berhak mengundi dan terkecuali daripada mengikut alamat dalam kad pengenalan.

"Hanya pada pindaaan 2002 sahaja, sesiapa yang hendak mendaftar sebagai pengundi, mereka mesti mengikut alamat di kad pengenalan," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang media hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung dakwaan sayap Umno itu yang menyatakan terdapat pengundi hantu pada pilihan raya kecil tersebut yang mengadakan pengundiannya esok.

Pilihan raya ini menyaksikan pertembungan antara calon PAS Mohd Salleh Man yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dengan calon BN Rohaizat Othman yang juga setiusaha Umno Permatang Pauh.

Abdul Aziz menambah, pihaknya telah menyemak dakwaan Pemuda Umno berhubung pengundi hantu.

"Nama yang mereka suruh periksa, banyaklah tetapi macam mana kita mahu semak. Daripada sampel kita dapati, mereka adalah pengundi asal di Permatang Pasir.

"Daripada senarai itu, mereka highlight 14 pengundi untuk diperiksa. Maknanya, dakwaan mereka (Pemuda Umno terdapat) pengundi hantu, sebenarnya pengundi asal.

"Sebagai contoh, mengenai alamat, satu nombor, banyak pengundi. Apabila kami buat pemeriksaan secara mendalam, nombor itu sama, tapi jalan lain-lain," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata kesemua 14 pengundi itu - yang tidak dinamakan - layak untuk memilih calon masing-masing.

Dalam sidang media yang sama, Abdul Aziz juga mengumumkan bahawa Jabatan kesihatan Pulau Pinang akan membuka meja kesihatan di lokasi yang sesuai dalam usaha untuk membendung penularan wabak selesema A (H1N1).

SPR juga membekalkan penutup mulut dan hidung kepada petugas suruhanjaya itu untuk mengelak mereka dijangkiti wabak yang berupaya membunuh itu, tambah Abdul Aziz.

Beliau menasihatkan pengundi agar memakai penutup mulut dan hidung ketika keluar mengundi.

0 comments