http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Sokonglah UMNO - Penyelamat Bangsa Melayu

Posted by Love Perak | Monday, August 24, 2009 | 0 comments »

Kalau ada orang berbisik kepada anda “UMNO penyelamat bangsa Melayu”, anda patut berpaling kepada orang itu dan ludah tepat ke mukanya…!!! Itu hadiah untuk mereka yang mudah tertipu oleh UMNO.



Malaysia merdeka sudah 52 tahun. Kalau rakyat yang berumur 52 tahun, mungkin ada yang sudah bercucu. Sejak itulah Malaysia bertukar pemerintahan daripada penjajah British kepada Rejim zalim UMNO. Dalam jangka masa 52 tahun andainya UMNO tadbir dan perintah negara dengan jujur, telus dan beramanah, pastinya bangsa Melayu khasnya dan rakyat Malaysia seluruhnya akan menikmati kehidupan yang jauh lebih sempurna daripada apa yang kita nikmati sekarang.



Malangnya setelah 52 tahun rejim UMNO mentadbir negera, kadar kemiskinan Melayu khasnya tidak banyak berubah. Melayu masih terpinggir dalam semua bidang. Kalau ada bilangan Melayu meningkat, ia hanyalah dikalangan Mat dan Minah rempit.



Benar ramai Melayu yang menjadi jutawan dan juga hartawan. Tetapi cuba selidiki siapakah dikalangan Melayu yang menjadi kaya-raya itu…!!
Kalau perlu disenaraikan, maka inilah antara kelompok Melayu yang bertaraf jutawan dan hartawan:



- Kesemua Sultan dan Raja Melayu, termasuk anak-anak mereka.
- Hampir kesemua bekas Wakil Rakyat dari kalangan UMNO
- Para pembodek dan kroni menteri-menteri UMNO
- Hampir kesemua bekas Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Kastam.



Hari ini UMNO mendabik dada sebagai penyelamat bangsa Melayu. - Ini bulan Ramadhan, saya tidak mahu keluarkan kata-kata cacian.



Sekarang kita perhatikan siapakah yang telah UMNO selamatkan.



- Menyelamatkan perogol gadis bawah umor di Melaka
- Menyelamatkan perompak yang melarikan wang ke Australia
- Menyelamatkan pencuri hasil balak di Pahang
- Menyelamatkan perasuah di Kelang (sudah mati pun dia)
- Menyelamatkan Wakil-Wakil Rakyat yang perasuah.



6 malam 7 hari pun tidak akan selesai kalau hendak disenaraikan makhluk perosak yang telah diselamatkan oleh UMNO. Nyatalah yang diselamatkan adalah manusia yang berjiwa binatang. Manakala yang terkhianat adalah RAKYAT JELATA.



Kepada RAKYAT Malaysia, hanya adalah satu jalan sahaja untuk kita keluar daripada penindasan dan alam khianat ini - Kita wajib hancurkan UMNO. Hancurkan UMNO demi masa depan anak-anak kita.

0 comments