http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

UMNO Dalam Dilema!

Posted by Love Perak | Sunday, March 28, 2010 | 1 comments »

Anak Sengat

Umno sekali lagi diuji, kali ini dengan MIC. Sejauhmana Umno yang dilihat cuba menjelma dengan istilah dan topeng juara melayu mampu merampas kembali Hulu Selangor.

MCA memang tak peduli kerana sibuk dengan AGM nya. MIC dari awal telah menamakan calonnya kerana takut dirampas Umno.

PKR hampir pasti mengekalkan calonnya dari kalangan melayu. Sebelum inipun calonnya ialah melayu. Nama seperti Zaid Ibrahim dan Badrul Amin sangat dinanti untuk menggerunkan Umno.

Jika Umno melatakkan calon melayu...Umno sedikit ada kelegaan kerana isu melayu tak akan berkemundang di sana.

Jika MIC yang bertanding di situ, Umno tak perlu berkempen kerana ternyata Umno mengkhianati pengundi Melayu.

Umno sangat tahu dan faham,peluang menang hanya akan wujud jika calon melayu diletakkan di situ.

Umno terpaksa bertahan dengan asakan MIC. Kita tengok benarkah Umno yang selama ini bersuara jantan dalam mempertahankan hak melayu kononnya.

PERKASA yang baru beranak tentunya akan membantu Umno.Jika tidak PERKASA hanya akan jadi penonton panas punggong saje.

Muhyidin dilihat memberi reaksi kecenderungan Umno, namun Najib masih bisu dalam isu ini.

Nampaknya Umno terpaksa berdepan satu lagi jerangkap yang boleh mematahkan tongkat kaum India atau mengecewakan melayu.

Umno dalam dilema!

MB tak layan Pemuda UMNO Perlis

Posted by Love Perak | Sunday, March 28, 2010 | 0 comments »

KANGAR - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu bertegas tidak akan melayan desakan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar yang mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, .Yip Sun Onn meletak jawatan

“Itu kita tak perlu layan,” kata Dr Md Isa ketika dihubungi Sinar Harian, petang semalam,

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Padang Besar, Aidi Helmi Mohamed yang menuduh beliau dan Sun Onn menggunakan nama Pemuda UMNO bahagian itu dalam kenyataan mereka mengenai sokongan Pemuda UMNO kepada Sun Onn, Menteri Besar menafikan tanggapan itu.

“Perkataan ‘Pemuda UMNO Bahagian’ yang digunakan Sun Onn dalam kenyataan media menerusi khidmat pesanan ringkas pada Selasa lalu tidak menjurus kepada mana-mana bahagian di negeri ini secara spesifik.

“Ia merujuk kepada sebilangan besar ahli Pemuda UMNO bahagian di negeri ini yang sentiasa memberi sokongan kepadanya. Beliau tidak sebut Pemuda UMNO Padang Besar,” katanya.

Dr Md Isa kemudian bertanya, pernahkah beliau merujuk mana-mana Pemuda UMNO bahagian dan cawangan di negeri ini secara spesifik dalam kenyataannya kepada media?

“Perkara sama juga turut menjawab dakwaan mereka terhadap Sun Onn,”katanya.

Semalam, empat pemimpin Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Dr Md Isa Sabu dan Sun Onn kerana menggunakan nama Pemuda UMNO bahagian itu dalam kenyataan akhbar.

Dalam kenyataan itu, Aidi Helmi berkata, mereka yang hadir dalam satu pertemuan di sebuah restoran di sini, kira-kira 5 petang kelamrin mempersoalkan kenyataan Menteri Besar bahawa pengundi kawasan itu masih sayangkan Sun Onn, sedangkan kenyataan itu tidak bersandarkan fakta sebenar.

Aidi turut menjelaskan UMNO dan Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar tidak pernah diajak berbincang sama ada sebelum, semasa dan selepas surat peletakan ADUN itu dikeluarkan.

Sun Onn mengejutkan arena politik tanah air sejak beberapa hari lalu berikutan tindakannya menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Yazid Mat.

ADUN itu bagaimanapun menarik balik hasratnya kelmarin.

Apa cerita ni beb?? Dah lama tunggu ni

Posted by Love Perak | Sunday, March 28, 2010 | 0 comments »

Oleh Kerajaan Rakyat

Saya tidak marah Datuk Seri Najib Razak. Nak marah pun bukannya dia dengar. Jenis ikut cakap bini..!! Apa yang saya titipkan ini pun bukannya dia baca. Saya cuma hendak bertanya, apa cerita skandal PKFZ?

Mengikut Tony Pua sudah hampir 5 bulan sejak Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) membentangkan laporan mengenai skandal RM12.5 bilion itu di Parlimen pada 4 November tahun lalu yang melibatkan salahguna kuasa, pecah amanah dan salahlaku melibatkan tokoh politik berprofil tinggi termasuk bekas Menteri Pengangkutan.

Namun sehingga kini tida ada sebarang tindakan konkrit atau pendakwaan dibuat terhadap individu berpengaruh tersebut.

Biar betul Tony Pua ni..!!!

Tony, you buat cerita atau Tok Najib takut nak buka cerita? Mungkin Pak Kadok-Pak Kadok umno Amirmhd, Gomo, Purkikari bolih tolong jawab kot. Tak kan nak dengar alasan kelentong sdra Nazri je.

Guan Eng Menindas Cina Hahaha

Posted by Love Perak | Sunday, March 28, 2010 | 0 comments »


Gambar diatas papan tanda telah dipasang menyatakan hak milik MAIPP


Tahniah diucapkan kepada kerajaan Negeri Yang dipimpin olah YB Lim Guan Eng dan pimpinan Yb Abdul Malik Kassim ,Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang ,kerana sudi
menyerahkan balik tanah Wakaf yang begitu lama diperdagang dan dikhianat oleh pemimpin melayu Barisan Nasional kepada Peniuaga peniaga Cina di belakang Stesyen Minyak Shell Sg Nibung(berhampiran bulatan bayan baru)
Setahu Tun peniaga peniaga itu jual arak dan ba kut teh(ba alif ba ya)begitu lama ditanah Wakaf melayu,Itulah Pengkhianat melayu yang akan Tun bongkar sikit masa lagi,
Banyak lagi tanah tanah yang akan dibongkar melibatkan tanah wakaf diPulau Pinang.

gambar tanah yang telah diambil semula setelah berpuluh tahun disewakan kepada peniaga peniaga cina.dan telah ditutup kawasan ini.

TSB

Aik? Apehal 13 je? apesal tak buat 100 terus?

Posted by Love Perak | Sunday, March 28, 2010 | 1 comments »


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang disifatkan sebagai paling besar setakat ini, mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya dengan membuat 13 laporan polis terhadap dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dua pemimpin terbabit ialah Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail.


Laporan polis terhadap Anwar, yang juga ketua pembangkang dibuat berrhubung isu rancangan 16 September yang didakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong kononnya sudah memberi perkenan bagi mendapatkan sokongan politik.


Ketua Wira Perkasa Arman Azhar berkata, 13 laporan itu dibuat terhadap Anwar secara berasingan oleh wakil-wakil pertubuhan dari 13 negeri di seluruh negara.


Kira-kira 100 ahli Perkasa berarak dari Dewan Tun Razak I, PWTC, tempat berlangsungnya mesyuarat ini, ke Ibu Pejabat Polis Daerah yang jauhnya kira-kira satu kilometer.Terdahulu mesyuarat agung tahunan Perkasa dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Ketika ditemui pada sidang media di akhir mesyuarat agung tahunan Perkasa petang tadi, Arman berkata mereka membuat laporan tersebut bagi “mempertahankan institusi raja-raja Melayu.”


“Sebagaimana didakwa di Parlimen, Anwar menggunakan Yang di-Pertuan Agong untuk merealisasikan rancangan 16 September,” kata beliau.
Sehubungan itu beliau mempersoalkan mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap Anwar sedangkan banyak laporan telah dibuat terhadapnya.
“Biasanya dalam kes-kes macam ini, polis akan bertindak dengan cepat, kita ada pengalaman. Tetapi apa bezanya antara Anwar dan orang lain?” kata beliau.


Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar PKR bulan lalu mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa Anwar menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia untuk merealisasikan kerajaan Pakatan Rakyat di pusat.
Selain itu menurut Arman, Perkasa juga membuat laporan terhadap penyebaran VCD ulama terkenal Dr Yusof Qardawi yang mengulas isu tuduhan liwat terhadap Anwar.
“Kami difahamkan wujudnya elemen menipu dalam rakaman ini...kononnya fatwa Dr Yusof berhubung kes liwat, jadi kami minta polis siasat,” kata Arman.


Perkasa juga membuat laporan meminta polis menyiasat penyebaran risalah yang ditandatangai oleh Saifuddin yang menerangkan tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah.
Sambil berkata risalah itu menyertakan laporan awal doktor bahawa tiada kesan tembusan ke atas Saiful Bukhari Azlan, Arman memberitahu, tindakan tersebut mengganggu proses mahkamah yang masih berlangsung.
“Ia satu bentuk subjudis... menghina mahkamah kerana prosiding sedang berlangsung,” katanya.

Koleksi Gambar Menakutkan UMNO

Posted by Love Perak | Saturday, March 27, 2010 | 3 comments »
















Habislaa....kalah la PR dekat Hulu Selangor ni...sikit gila orang mai ceramah...kata puak2 umno dalam hati...

Senyum la sikit Madey ooi....

Posted by Love Perak | Saturday, March 27, 2010 | 0 comments »

Lama rasanya tak disandingkan sekali diatas pentas dan diraikan bagai pahlawan camni... hihi...

Sebagai orang lama dan berpengalaman, kedua mempelai ni nampak sepadan. Ye.. la... kalau tak sepadan, takkan kekal sampai la ni yer dak... heh... heh...

Kedua susuk segak ini telah disandingkan semula oleh Perkasa tadi memang masih tampak perkasa. Cuma kurang manisnya. Bang, senyum sikit bang... heh... heh... - shalehudin

Jangan Salahkan Rakyat - DS Nizar

Posted by Love Perak | Saturday, March 27, 2010 | 0 comments »

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Umno tidak perlu menyalahkan rakyat sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Umno sendiri pun seolah-olah mengajak rakyat mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam isu kalimah 'Allah'.

"Saya sendiri berasa pelik, apabila Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan bahawa suatu akhbar (mingguan The Herald) boleh menggunakan kalimah Allah, tak lama selepas itu seolah-olah wujud suatu usaha untuk tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," ujar beliau semasa membahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, malam tadi.

"Ia menggambarkan seolah-olah Umno juga membantah keputusan mahkamah seperti di Mahkamah Persekutuan."

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Perak pada era Pakatan Rakyat merumuskan bahawa Umno juga seolah-olah mengajak rakyat supaya tidak sebulat-bulatnya bersetuju dengan keputusan yang di buat di mahkamah.

Tambah beliau lagi, Umno juga sama ada sedar atau tidak sebenarnya sedang mendidik rakyat supaya menentang keputusan mahkamah yang dianggap tidak memberi kepentingan politik kepada mereka.

Disebabkan keputusan mahkamah yang acapkali dipertikai kerana oleh rakyat, Pakatan Rakyat dan Umno sendiri, beliau berkata, negara juga akhirnya turut mendapat impak berantai yang negatif.

Maka, beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sindrom pelabur meninggalkan negara berlaku dalam skala yang membimbangkan.

Ujarnya lagi, mereka tidak mahu melabur di Malaysia, khususnya di Perak mungkin disebabkan mereka tidak percaya dengan tahap integriti dan kebebasan mahkamah di Malaysia.

Dari maklum balas oleh beberapa pelabur asing yang ditemui di United Kingdom, beliau berkata, dunia luar belakangan ini berasa sangsi dengan institusi kehakiman negara.


Hatta, menurut beliau, sekiranya berlaku pertelingkahan dalam dunia korporat, pelabur-pelabur asing terbabit tidak rela membawa kes mereka ke mahkamah tempatan.

Sebaliknya, menurut beliau, mereka yang terbabit lebih rela membicarakan kes masing-masing di luar negara, termasuk di Singapura.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya memulihara semula tahap integriti dan kebebasan mahkamah tempatan kerana dengan berbuat demikian sekaligus menggalakkan pelabur asing kembali berlabur di Malaysia.harakahdaily.net

Terkini dari Taiping

Posted by Love Perak | Saturday, March 27, 2010 | 0 comments »

Ekspo rakyat yang berlangsung di Tan Association (Berdekatan Pasar Kota Taiping) bermula meria apabila dirasmikan oleh DS Anwar Ibrahim petang tadi. DS Anwar dijangka tiba pada pukul 5.00 petang tetapi hanya tiba pukul 6.30 petang.

Orang ramai yang menunggu DS Anwar mendengar pimpinan berucap seperti Mustafa Kamil Ayub dan beberapa ADUN kawasan. Kehadiran sangat memuaskan sekitar seribu orang dan malam ini berlangsung ceramah di tempat yang sama dimana DS Nizar dan pimpinan yang lain akan hadir berucap.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya ambil :

KLIK UNTUK BESARKAN






























Amaran Bapak Katak Raksasa

Posted by Love Perak | Saturday, March 27, 2010 | 1 comments »

Katak Raksasa kata jika mahu menang pilihan raya, jangan bermusuh dengan katak, kalau bermusuh juga tentu kalah dalam pilihan raya.

Saya setuju sangat dengan kata-kata Katak Raksasa ni sebab sekarang ni dah banyak katak. Ada katak lekap. Ada katak lompat. Ada katak kemut. Tidak lama lagi katak-katak ni akan disalai untuk hidang para cukong.


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, yang berusia dua tahun, jika mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.

Pada masa yang sama Ibrahim (gambar) yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mahu Umno kembali kepada landasan perjuangan asal jika mahu kekal berkuasa.

“Orang berkata Perkasa hendak bersaing dengan Umno. Kita bukan bersaing dengan mana-mana parti, kita bukan bertanding dalam pilihan raya.

“Tetapi jangan bermusuh (dengan Perkasa) jika mahu menang pilihan raya, kalau bermusuh mereka akan rugi.

“Kami mahu parti-parti politik ambil tindakan proaktif,” kata beliau dalam ucapan pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Perkasa di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - malaysiainsider

Kerajaan Rakyat