Saya setuju sangat dengan kata-kata Katak Raksasa ni sebab sekarang ni dah banyak katak. Ada katak lekap. Ada katak lompat. Ada katak kemut. Tidak lama lagi katak-katak ni akan disalai untuk hidang para cukong.
KUALA LUMPUR, 27 Mac — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, yang berusia dua tahun, jika mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.
Pada masa yang sama Ibrahim (gambar) yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mahu Umno kembali kepada landasan perjuangan asal jika mahu kekal berkuasa.
“Orang berkata Perkasa hendak bersaing dengan Umno. Kita bukan bersaing dengan mana-mana parti, kita bukan bertanding dalam pilihan raya.
“Tetapi jangan bermusuh (dengan Perkasa) jika mahu menang pilihan raya, kalau bermusuh mereka akan rugi.
“Kami mahu parti-parti politik ambil tindakan proaktif,” kata beliau dalam ucapan pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Perkasa di sini hari ini.
Ia dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - malaysiainsider
Kerajaan Rakyat
Nak tubuhkan gerakan macam pekidut jak... nanti adalah Moyang katak, atok katak, bapak katak, bro katak dan anak2 katak ikut ranking..