Sudah banyak kali BN berjaya mengelakkan  berlakunya pilihanraya dengan menggunakan 'komponen'nya bagi  menggagalkan pilihanraya kecil yang sepatutnya berlangsung. Antaranya di  DUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang. Begitu juga dengan DUN Titi  Tinggi. Pelbagai helah dan alasan yang dihamburkan guna untuk  membuktikan pilihanraya tidak perlu. Namun semuanya tidak diterima  rakyat.Semua orang tahu  BN begitu fobia dengan pilihanraya kecil terutama di Semenanjung kerana  BN tersungkur layu pada semua Pilihanraya kecil di Semenanjung. Sebab  itulah mereka kecut perut untuk berhadapan dengan mahkamah rakyat. 
Kali ini BN tidak dapat lari lagi. Dengan  meninggalnya Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad  maka BN terpaksa juga mengharungi Pilihanraya Kecil ini.
BN sudah pasti akan berhadapan dengan rakyat  yang sudah barang tentu akan mengungkit kebobrokan BN yang mahu  melaksanakan GST (ditangguh sementara), kadar jenayah yang kronik,  gejala maksiat yang membarah, rasuah menjadi pekung, ekonomi yang tidak  menentu, harga barangan melambung, tarif elektrik hendak dinaikkan  (tangguh dua kali), kadar pengangguran yang tinggi, lambakan pekerja  asing, diskriminasi pusat kepada negeri PR, imej pemimpin negara yang  busuk, penganiayaan terhadap Ketua Pembangkang dan seribu satu masalah  yang begitu teruk dan memualkan.
Mahu  tidak mahu BN juga terpaksa mengakui kejayaan kerajaan negeri PR dalam  merakyatkan pemerintahan mereka dengan mengamalkan konsep negeri  berkebajikan. Walaupun media menggambarkan negeri-negeri PR teruk tetapi  rakyat yang duduk di bawah pemerintahan kerajaan PR dapat membezakan  kelainan corak pemerintahan PR dan BN dulu.
Tidak syak lagi BN dan pemimpinnya sekarang  tidak tidur malam untuk memikirkan bagaimana hendak menipu dan  memperdayakan rakyat Hulu Selangor. Yang pasti rakyat Hulu Selangor  sekarang menjadi RAJA. Sudah tentu BN akan menunaikan apa juga kehendak  rakyat sesuai dengan sifat tardisional BN khususnya Umno yang sinonim  dengan politik wang atau rasuah politik. - Mutaligat













0 comments
Post a Comment