Anwar sudah tua. Fizikalnya tidak lagi segagah semangatnya. Kata orang  jika spiritual kuat, fizikal akan kuat juga. Tetapi sama ada jasadiah  itu mampu membawa semangat dalaman -belum pasti. Ini disedari musuh.  Melemahkan semangat ampuh Anwar adalah mustahil. Anwar terkenal sejak  dulu lagi semangat juangnya. Ini amat difahami musuh tetapi anehnya,  sahabat sendiri gagal menghayatinya.
Membuat semula perancangan  menjatuhkannya melalui kes liwat, memborong katak-katak, melabelkannya  dengan pelbagai gelaran seperti pengkhianat, agen itu ini atau  menggunakan anjing bayan barua menyalak bukan bertujuan mendera  mentalnya - tetapi fizikalnya. Biar Anwar penat ke hulu ke hilir sibuk,  sehingga badannya lesu dan kesihatannya terjejas.
Setakat melemahkan  moral dan semangat ia akan gagal. Mengapa aku mengatakan begitu? Mari  kita kaji kekuatan semangat beliau.
Sewaktu mahasiswa lagi, ketika  demonstrasi di Baling yang menyaksikan kebangkitan mahasiswa, kerajaan  begitu tergugat. Ramai yang ditangkap. Mereka yang panas terpaksa  melarikan diri dan bersembunyi (termasuk Hishamuddin Rais - tetapi itu  ketentuan yang membuka lembaran yang lain). Tetapi Anwar memilih tidak  bersembunyi dan tampil di balai polis untuk melihat kawan-kawan yang  ditahan sama ada baik atau tidak keadaan mereka. Di balai Anwar  ditangkap dan ditahan ISA.
Aku paling menyampah kalau orang kata  Anwar gelojoh, kalau dia diam sudah pasti dia akan jadi PM sekarang. Ini  hujah bebal. Apakah anda pasti Mahathir akan letak jawatan hari ini  jika semua ini tak berlaku? Lihatlah Mahathir hari ini masih terus  meroyan. Dan percayalah, kalau dia tahu keadaan begini, nescaya dia  tidak memecat Anwar. Anwar memilih untuk tidak diam kerana jelas  bertentangan dengan prinsipnya. Ketika krisis ekonomi melanda teruk,  kekayaan negara dicabul untuk membantu menyelamatkan kroni sedang pada  waktu yang sama biasiswa pelajar di luar negara ditarik. Anwar protes.  mahathir menyinga bila Anwar selaku Menteri Kewangan enggan meluluskan  penggunaan wang Petronas 1.8 billion untuk menyelamatkan syarikat kapal  Mirzan Mahathir. Anwar diminta berhenti atau menghadapi risiko.
Kalau  Anwar pengecut, semua yang berlaku hari ini tidak akan berlaku. Diam,  undur diri seperti Musa Hitam atau Ghafar Baba saja. Tetapi mengapa dia  sanggup lawan raksasa? Orang yang kerdil akan terkencing dengan  pertuduhan gila dan hukuman penjara. Semua ini bukannya mudah.  Ramai  yang mengaku pejuang tumbang selepas dipenjara dan ditimpa kesusahan.  Orang yang dilihat alim hari ini pun silap2 terbarai selepas diISAkan.  Tetapi Anwar lawan dan terpaksa membayar harga yang mahal. Ditangkap,  dibelasah dan diaibkan. Dipenjara. Beliau boleh bebas pada hari pertama  lagi jika Wan Azizah pergi menyembah Mahathir dan 'deal' tetapi mereka  tidak tunduk dengan makhluk.
Apabila Anwar bebas, dia boleh pilih  untuk bersara dan tidak bergiat semula dalam politik lantaran serik  dengan apa yang dia alami. Tetapi dia pilih untuk terus mara dan  pilihanraya lalu menyaksikan BN tergugat dan hampir hilang kuasa. Sebab  itulah taktik melemahkan "fizikalnya" perlu diteruskan.
korang  pikirlah sendiri, maleh nak tulis lagi sama ada dalam bentuk lawak atau  bahasa yang tinggi.....
sumber
¡Hola mundo!
9 years ago













Aku memang dah tak percaya UMNO sejak Chedet mula memerintah. Cara dia perintah amat janggal dari pemimpin UMNO sebelum nya. Anwar adalah rahmat dari Allah kerana dapat menyaingi Chedet. kerana dia adalah orang yg betul2 bersemangat waja melawan tentera chedet yg ada sekarang. tapisayangnya masih ramai melayu cerdik padai masih tidak bijak untuk melihat perkara sebenar. pertembungan Anwar dan Chedet adalah suatu pertembungan yang sihat untuk jiwa melayu seterusnya. Najib cuma bayangan dalam pertembungan ini saja dan tidak boleh dianggap pejuang melayu.