http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Penganalisis: PERKOSA Cuma Habiskan Beras Umno Saja!!!

Posted by Love Perak | Tuesday, March 30, 2010 | 0 comments »



Pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang terbesar (?), Perkasa yang mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya kelmarin, dilihat tidak mampu memainkan peranan sebagai penentu kuasa politik sebaliknya hanya akan merugikan Umno dalam jangka panjang, kata pemerhati dan penganalisis politik.

Sehubungan itu menurut Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Perkasa hanya dilihat sebagai pelengkap kepada perjuangan Umno bukannya penentu kuasa politik.

“Kita tidak lihat Perkasa mampu mempengaruhi kuasa politik sebaliknya kewujudannya bersama Umno hanya akan melumpuhkan perjuangan mereka. Perkasa hanya bertindak sebagai pelengkap kepada Umno dalam memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu. Jadi kita tidak lihat mereka mampu mengubah pergerakan sesebuah parti politik di Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mohamad Agus memberitahu, majoriti ahli Perkasa adalah individu-individu yang telah menerima perjuangan Umno sejak dari dulu.

“Majoriti ahli Perkasa adalah orang Umno dan ini jelas sekiranya Umno tidak memperjuangkan hak orang Melayu kesannya dilihat lebih kepada Umno bukan parti-parti politik lain. Jadi sekiranya Umno tidak memperjuankan hak serta kepentingan orang Melayu maka Perkasa akan bangkit dan memainkan peranan mereka sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan orang Melayu,” katanya.
Tambahnya, Perkasa tidak berupaya untuk menjatuhkan mana-mana parti politik melalui undi pada pilihan raya umum kerana keputusan itu terletak di tangan rakyat bukan mereka.

“Perkasa boleh kata apa sahaja kerana penentu undi bukan pada mereka tetapi rakyat,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kelmarin yang memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini, khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, sekiranya mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif firma kajian pandangan umum Merdeka Center, Ibrahim Suffian pula memberitahu Perkasa dilihat sebagai pasangan kepada Umno dalam memperjuangkan hak orang Melayu sahaja.

“Perkasa berfungsi sebagai gandingan kepada Umno bukan sebagai penentu kuasa politik. Ini kerana asas, tujuan serta perkara yang diperjuangkan tertumpu kepada prinsip asas Umno. Selain itu, Perkasa dilihat sebagai pendesak kepada Umno dan akan bertindak sekiranya Umno mengetepikan hak keistimewaan orang Melayu. Kalau mengatakan Perkasa sebagai penentu kuasa politik ia tidak tepat kerana pengundi dan rakyat yang berhaluan kanan akan tetap bersama Umno berbanding parti-parti politik lain,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Profesor Madya Dr Ghazali Mayhuddin juga selari dengan pandangan mereka dengan memberitahu bahawa Perkasa tidak mampu bertindak sebagai kuasa penentu politik kerana pertubuhan itu dilihat hanya berlegar-legar di kalangan individu tertentu.

“Mungkin apa yang diperjuangkan hanya bersifat retorik semata-mata dan ia tidak akan memberikan sebarang impak yang besar kepada penentu kuasa politik. Rakyat sudah matang serta boleh berfikir secara rasional malah mampu menilai dalam membuat keputusan tepat terutamanya dalam perkara ini,” katanya.

“Kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim seolah-olah berbaur ugutan kepada parti-parti politik dan ini jelas membuktikan bahawa Perkasa mempunyai agenda yang lebih bersifat peribadi bukan kepada komuniti. Mungkin agenda serta tujuan kewujudan Perkasa tertumpu kepada kepentingan peribadi bukan komuniti seperti yang dikatakan,” katanya.

(Sumber: Malaysian Insider)

PGK: Ha...Ha..Ha...Seperti kata penganalisis-penganalisis politik itu, kewujudan Perkosa ini cuma akan menghabiskan beras Umno saja. Apa nak buat, nasib kamulah Umno, dapat ayam betina yang bukannya seperkasa mana, tapi cuma nak menghabis dan memperkosa beras dan harta benda Umno saja. Rakyat sudah matang dan dan tidak tertarik lagi dengan retorik-retorik kosong cap ayam yang diketuai oleh Raja Katak itu.
Jika nak lihat Perkosa nie betul-betul boleh bantu Umno atau tidak, bawalah mereka ke Hulu Selangor berkempen membantu calon BN. Jika Perkosa datang dengan lagak perogol bersirinya itu, lebih memudahkan kerja PR di Hulu Selangor nanti...

0 comments