http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Ada Baiknya PKR

Posted by Love Perak | Monday, March 15, 2010 | 1 comments »


Anwar Ibrahim selaku ketua umum PKR telah tegaskan lebih baik kehilangan Ahli Parlimen atau Exco daripada mengekalkan anggota yang bermasalah dan seterusnya merosakkan masa depan parti.

Memang la aku pun macam kebanyakan pendokong Pakatan yang lain, majoritinya cukup meluat yang teramat sangat dengan kelaku hodoh katak katak yang melompat ni. Naik termuntah aku dengaq sebab sebab rekaan mereka bagi menghalalkan lompatan depa tuh. Selain dari katak katak tanpa musim ni, pada sapa lagi yang kita nak hamparkan kemarahan kita kalau bukan Anwar dan pimpinan lain PKR. Mereka mereka ini lah yang bertanggungjawab memilih lintah darat ni yang jatuh meleleh bila dah kenyang.

Satu yang aku rasa patut sangat Anwar buat walaupun sikit terlambat adalah mengaku dan meminta maaf pada rakyat khasnya. Memang dengan meminta maaf saja benda ni tak setel pun. Tapi agak melegakan ramai yang berpenat lelah beratur dok pangkah depa dulu ni. Aku memang pangkah parti, calon haram aku tak kenai pun. Tu yang buat aku marah sangat kat ahli PKR yang transfom pi jadi katak tu. Namun bagi aku, aku terima ini sebagai satu proses pembelajaran bagi kita dari kesilapan yang lalu. Harap sangat ini akan jadi pengajaran di masa depan kearah kematangan dalam berpolitik.

“Saya minta maaf sebab ada calun-calun kita yang macam itu tapi Azizah (Presiden KEADILAN) kata ini adalah pembersihan,” kata Anwar merujuk kepada langkah beberapa bekas Ahli Parlimen KEADILAN yang lompat parti menjadi anggota Bebas termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh.

Dari satu segi, ini lah baiknya dengan PKR ni. Lintah yang kenyang akan jatuh dengan sendirinya. Ahli yang menjadi berudu dan seterusnya transfom menjadi katak akan sendirinya melompat tanpa melalui proses paksaan yang membuang masa dan tenaga parti. Depa bijak melompat tanpa terpaksa melalui jawatankuasa disiplin parti yang bakal menelanjangkan mereka dikhalayak umum nanti. Memang menyakitkan tapi seketika lebih baik dari mengeluh terlalu lama.

Bagaimana dengan PAS? Tidakkah ada sesuatu yang mungkin boleh dicontohi sebelum perang sebenar bermula iaitu PRU 13 sekitar 2 tahun saja lagi?

Total housekeeping atau pembersihan ni tak semestinya perlu pada penanggallan atau pembuangan (pemecatan). Pembersihan boleh juga dilakukan dengan melabel barang barang tak terpakai tersebut dan disusun cantik ditempat tempat yang kurang strategik dan tersorok. Perlu diingat, karpet yang tak serata akibat terlalu banyak sampah dibawahnya akan mengganggu keselesaan kita sewaktu berjalan atasnya.


1 comments

  1. Anonymous // March 16, 2010 at 3:34 PM  

    Salam tuan, Rasa saya pada road show DS Anwar di dalam ceramah-ceramah beliau ada sebutkan hal itu dan meminta maaf pada rakyat tetapi idak lea masuk dalam tv 3 suku.
    Terima kasih.