http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Raba Bontot kata AS dah tak sokong Anwar

Posted by Love Perak | Monday, March 15, 2010 | 1 comments »


Jamaludin terangkan kes liwat Anwar kepada AS
KUALA LUMPUR 14 Mac - Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, beliau telah menerangkan kedudukan sebenar kes liwat yang dihadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kerajaan AS.

Beliau memberitahu kerajaan AS bahawa kes liwat yang dihadapi Anwar dengan bekas pembantunya itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia dan perkara itu diterima.

Menurutnya, jika dalam kes liwat terdahulu bekas Naib Presiden AS, Al-Gore datang ke Malaysia, tetapi kali ini tiada kedengaran sokongan daripada kerajaan AS terhadap Anwar.

"Kita lihat kuasa besar itu nampak kepimpinan Malaysia telah berubah. Suasana dahulu dan sekarang berbeza dan kes Anwar yang dahulu juga berbeza dengan kes sekarang.

"Dahulu tidak ada orang yang menerangkan keadaan sebenar kepada kerajaan AS, hanya suara-suara satu pihak yang didengar tetapi sekarang ini mereka mahu mendengar daripada pihak kita," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Selayang di Kampung Setia, Kuang dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Selayang, Abdul Shukor Idrus merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang dan rakan-rakan dari parti komponen Barisan Nasional (BN).

Jamaludin menjelaskan perkara itu berhubung kenyataan Anwar yang mendakwa mendapat sokongan daripada Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berhubung kes liwat yang sedang dihadapinya.

Beliau yakin kepimpinan dan rakyat AS sudah menganalisis semua fakta dan menilai kes Anwar kerana sehingga kini tiada kedengaran suara-suara kerajaan AS berhubung kes itu berbanding dahulu.

Dalam perkembangan lain Jamaludin berkata, dasar keterbukaan Presiden AS, Barack Obama dengan negara-negara Islam telah membuka peluang yang besar kepada Malaysia untuk mengeratkan kembali hubungan dengan negara itu.

Katanya, pelantikan beliau sebagai Duta Malaysia ke AS adalah bagi menjalin hubungan baru dan mahu membaiki kedudukan perdagangan yang kini jatuh di tempat ke-14, berbanding ke-10 sebelum ini.

Beliau menambah, sekiranya Malaysia hendak maju, produk eksport perlu ditambah dan dalam masa yang sama menarik lebih banyak pelabur datang ke negara ini.

Menurut Jamaludin, China, Jepun dan Korea Selatan menjadi negara maju kerana berjaya menembusi pasaran AS dan kerana itu Malaysia juga perlu berbuat demikian.

Jelasnya, Malaysia perlu mengeksport produk pertanian, makanan halal, perkhidmatan kewangan dan perbankan Islam yang kesemuanya mempunyai potensi besar di AS.

Beliau juga memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga diberi penghormatan oleh Obama untuk menghadiri Sidang Kemuncak Nuklear Global pada 13 April ini kerana mahu mendengar suara Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya.

Mengenai dakwaan bahawa beliau campur tangan dalam peletakan jawatan dan tindakan beberapa pemimpin PKR keluar daripada parti itu Jamaludin berkata, hal itu jelas tiada kena mengena dengannya. - Utusan

* Pegawai Amerika mana yang terima tu... 3 laporan perubatan tidak dapat mengesahkan kemasukan ke dubur Saiful tetapi pendakwaan terus juga dibuat. Jangan jadi badut di US la...


1 comments

  1. baginda® // March 15, 2010 at 12:32 PM  

    kehkehkeh depa je g terang kat US sebab goyah.. kahkahkah tunggu la anwar lak g terang kat US.. baru depa tau.. mana adil US dengar sblah pihak je... kahkahkah

There was an error in this gadget