
Isteri   Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi nenek bagi kali  kedua  apabila anak perempuan beliau Azrene Soraya Abd Aziz melahirkan anak  lelaki di  sebuah pusat perubatan di Damansara pada hari Sabtu 20 Mac  lalu.
Anak  yang diberi mana timangan 'Piyash' adalah anak kedua  Azrene bersama  suaminya Fazley Yaakob.
Anak sulung pasangan  tersebut, Ahmad  Fariedz atau nama timangan Payish dilahirkan pada 29  Oktober 2008.
Dalam  menyambut kehadiran anggota baru dalam  keluarga Azrene sudah tentu  belaian nenek tersayang amat dinantikan bagi  cucu sulung dan juga bayi  yang baru berusia seminggu ini.
Namun  harapan hanya tinggal  harapan kerana sehingga kini Rosmah didakwa tidak  kunjung tiba untuk  menjenguk kedua-dua cucunya.
Malah dakwa seorang  ahli keluarga  isteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak pernah  berkesempatan untuk  membelai cucu pertamanya sejak dilahirkan.
"Kami  berasa sedih kerana  sebagai seorang nenek beliau sepatutnya datanglah  menjenguk cucu  sendiri. Ini sejak dapat cucu pertama sehinggalah cucu  kedua tak pernah  nak  datang tengok cucu.
"Orang lain pun sibuk  tapi bila bab  cucu dan keluarga semua yang lain tidak penting," dakwa  ahli keluarga  tersebut.
Azrene adalah anak kedua Rosmah bersama  bekas suami  beliau, Abdul Aziz Nong Chik, bekas pegawai Petronas  manakala Fazley  merupakan anak Senator Datuk Yaakob Mohamad.
Pasangan  tersebut  berkahwin pada 7 November 2006.
Rosmah adalah  Pengerusi  Jawatankuasa Dasar Permata Negara, iaitu projek perintis pusat   pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau baru-baru ini   mendapat pujian berhubung Permata Negara di dalam titah Yang DiPertuan   Agong semasa baginda merasmikan Penggal ketiga Parlimen penggal ke-12.
¡Hola mundo!
9 years ago













0 comments
Post a Comment