Baru UMNO dok plan nak ambik kerusi Parlimen Hulu Selangor, MIC terus nak umum calon. kah kah kah. Bergadoh la hampa!! Rakyat tepuk tangan seronok menonton!!
Sah: MIC akan calonkan Palanivel - Malaysiakini |
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bagaimanapun, tidak mahu menyatakan peluang MIC untuk merampas balik kerusi tersebut yang terlepas ke tangan PKR pada 2008.
Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau secara berseloroh berkata: "Biar saya hubungi Tuhan dan tanya padanya. Dia tidak senang sekarang."
Sementara itu, ketua penerangan MIC, P Kamalanathan berkata Palanivel yang mewakili parlimen Hulu Selangor selama dua penggal (1999 dan 2004) - sudah turun padang sejak kalah kepada PKR pada 2008.
Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad malam tadi.
Kamalanathan berkata, Umno tidak akan menuntut kerusi tersebut kerana bukan amalan BN untuk bertukar kerusi dalam pilihan raya kecil.
Sementara itu, Parti Hak Asasi Manusia (HRP) pula akan mengumumkan Ahad ini sama ada akan bertanding di kerusi tersebut.
"Pendirian parti akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya Ahad ini," kata setiausaha agung penaja HRP, P Uthayakumar.
Spekulasi sudah tersebar bahawa peguam N Surendran akan menjadi pilihan HRP jika parti itu memutuskan untuk bertanding di Hulu Selangor.
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution pula berkata parti itu akan menunggu sehingga jenazah Zainal Abidin selamat dikebumikan sebelum memutuskan soal calonnya.
Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,539 pengundi dengan 53.9 peratus Melayu; China (26.7 peratus) dan India (19 peratus).
BN mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi semula kerusi tersebut kerana dalam pilihan raya umum lalu, ia menang kesemua tiga kerusi DUN dalam parlimen Hulu Selangor - Kuala Kubu Bharu (MCA), Batang Kali (Umno) dan Hulu Bernam (Umno).
Ini merupakan pilihan raya kecil kesepuluh selepas pilihan raya umum 2008 dengan Pakatan memenangi tujuh daripadanya dan BN pula menang dua kerusi.
Kepada MIC, kau boleh percaya ke kata-kata UMNO? Bangsa sendiri di Kelantan pun dia sanggup tindas, inikan pula bangsa yang dianggap pendatang oleh orang yang pernah berkhidmat dalam pejabat Najib sendiri, dan oleh seorang ketua UMNO di Bukit Bendera yang menerima hukuman ringan atas kata-katanya yang penuh perkauman.