http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Panas : Ibrahim Ali Dibogelkan Oleh Raja Petra

Posted by Love Perak | Friday, March 12, 2010 | 0 comments »

Kata-katanya penuh berbau perkauman yang menunjukkan rasa bencinya terhadap bangsa lain di Tanah Melayu ini...tapi pada masa yang sama dia bekerja untuk Cina..


Ibrahim Ali ialah seorang Nasionalis Melayu yang lantang dan gigih dalam memperjuangkan Hak dan Keistimewaan orang-orang Melayu. Ibrahim Ali juga amat prihatin dengan nasib bangsa Melayu.

Ibrahim Ali juga merasakan bangsa Melayu telah dijadikan sebagai bangsa kelas kedua di tanah air sendiri berikutan penguasaan ekonomi Malaysia oleh bangsa Cina,ini telah menyebabkan beliau curiga.

Oleh kerana perasaan Kasih dan Sayang yang melampau Ibrahim Ali kepada bangsa Melayu, beliau telah menubuhkan PERKASA.

Melalui PERKASA Ibrahim Ali boleh menentang bangsa Cina lantas menghalang mereka dari menguasai Negara ini.

Tetapi berapa orangkah yang tahu bahawa Ibrahim Ali mempunyai kaitan atau hubungan dengan Vincent Tan dari Berjaya Group? Vincent Tan yang sama yang telah merompak berbillion-billion Ringit dari Malaysia. Vincent Tan yang telah membayar Hee katak betina dari Perak RM25 Juta untuk melompat. Vincent Tan yang telah membiayai lompatan seterusnya melalui ‘special draws’ miliknya.

Ibrahim Ali melalui PERKASA menentang bangsa Cina seperti Vincent Tan yang kononnya telah merompak hak-hak bangsa Melayu dan menjadikan bangsa Melayu itu hamba di Negara sendiri tetapi dalam masa yang sama Ibrahim Ali bekerja untuk Vincent Tan.

Adakah penyokong dan ahli-ahli PERKASA tahu siapa Ibrahim Ali sebenarnya?

Adakah penyokong dan ahli-ahli PERKASA tahu Ibrahim Ali yang kononnya berjuang menentang Cina seperti Vincent Tan sebenarnya tidur bersama Vincent Tan?

Lihat pada dokumen yang terakhir.. disitu ditunjukkan siapa Ibrahim Ali sebenarnya..

















0 comments