Si katak Kulim ni ingat dia cerdik dan dia ingat UMNO tu bodoh, payyyyyyyyyyyrah. Kalau UMNO tu 'bodoh', takkan dapat perintah 53 tahun lebih.
Mula-mula dia buat haru dalam PKR, dengan harapan UMNO akan bukak mata dan ambik dia dengan harga patut.
PKR biarkan dia sekian lama, dengan harapan dia akan lompat keluar sendiri. Dia ingat dia cerdik, dia makin buat haru-biru dengan harapan PKR akan pecat dia dan 'harga'nya melambung naik.
Tapi PKR lagi bijak, lagi simpan petualang ini, lagi haru-biru, lalu dipecatnya. Dia terkejut beruk kerana mati-mati dia sangka PKR sudah tentu takut nak pecat dia.
Bila dia kena pecat, alih-alih, UMNO buat tak tahu saja. Dia makin gelisah. Dia ingat UMNO tu bodoh. UMNO mahu tengok apa 'bakat' dan ke'mahir'an yang dia ada. Lalu si'cerdik' Kulim ni pun dapat satu akal. Ditunggunya Parlimen bersidang, maka di'bongkar'lah satu kejutan sepertimana yang dijanjikan.
Dia ingat dia sudah cukup cerdik dan amat pandai, dia ingat 'big-boss' UMNO mesti beri dia habuan yang cukup 'mengenyangkan'.
Tak mungkin 'big-boss' UMNO akan beri dia habuan, kerana seluruh dunia akan perhatikan apa yang UMNO akan buat terhadapnya. Rakyat akan perhatikan apa yang dia dapat dan apa yang UMNO boleh beri.
Percayalah, harganya tak seberapa,mungkin mahal sedikit daripada besi berkarat atau botol kosong atau surat khabar lama. Cuma apa yang dia dapat dan meng'harap' sangat-sangat ialah liputan media masa untuk sehari dua ini agar dia menjadi terkenal.
Saya mencabarnya, siapa dia yang menawarkannya dan berapa jumlah wang yang buat imannya hampir goyah?
Berbekalkan kepetahan bercakap, memiliki janggut yang cantik dan berjubah serta serban hitam ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau-Surau, ramai orang di'kencing'nya kononnya dialah perjuang Islam yang tulen.
albrangi:
Payyyyyyyyyyyyyyyyyrah, dapat tawaran yang lumayan.
Si kambing UMNgOk tu memang sifatnya menangguk di air yang keroh, agak-agaknya siapa yang ada dalam kepala otak kambing UMNgOk itu?
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment