http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kak Midah Gelabah dengan Malaysiakini

Posted by Love Perak | Tuesday, March 16, 2010 | 1 comments »


Kak Midah (YB Hamidah Osman, Adun BN Sg Rapat) melatah lagi. Kali ini dengan laman web Malaysiakini.com pula.

Kak Midah marahkan laman web tersebut kerana menyiarkan kenyataannya mengenai wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak, apatah lagi daripada kaum Cina. Seperti biasa, Kak Midah yang mudah gelabah telah menyerang laman web tersebut melalui blognya dan juga komen-komen balas palayar laman web tersebut melalui akhbar Sinar Harian edisi Perak. Dan yang lebih meloyakan apabila PAS dipersalahkan kerana dikatakan sebagai sumber kepada berita tersebut.

Kak Midah, oh Kak Midah. Selalu buka mulut tanpa berfikir terlebih dahulu. Akhirnya, semua pihak dipersalahkannya......kecuali DIRInya sendiri. Patutlah orang Batu Gajah memanggilnya sebagai Adun Jamban.

Bagi pihak Pemuda Pas Gopeng, tiada apa yang perlu diperkatakan mengenai telatah gelabah Kak Midah yang sudah menjadi mainan penduduk di Dun Sg Rapat. Ikutilah komen-komen daripada pelayar di laman web Malaysiakini mengenai gelabah Kak Midah kali ini.

Perak Reform

1 comments

  1. Loyar Baru // March 16, 2010 at 11:33 PM  

    Orang nak berpolitik , awak nak berpolitik . Masalahnya awak tak tahu pun maksud apa itu politik dan macam nak menjadi ahli politik . Elok lah makcik duk rumah dan jaga cucu . Dapat juga pahala dan didik anak cucu . Tak lah kena kutuk sana sini makcik oi !