“Surat"  di atas (click pada image untuk besarkan) ditandatangani oleh Dr.  Mahathir Mohamad, bertarikh 16 Ogos 1999 yakni sebelum Pilihanraya Umum  ke-10 (PRU 10) dan ditujukan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.
Meneliti  kandungan "surat" tersebut, Mahathir memulakannya dengan mengucapkan  tahniah sebagai mewakili UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas kejayaan  Barak dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.
Perenggan kedua  "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat  diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri  Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar  Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan  Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan  pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10.  Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden  Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai  perbelanjaan pilihanraya UMNO!
Perenggan ketiga pula menyebut  kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera  udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan  pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan  dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti  UMNO.
Perenggan keempat seterusnya menyebut harapan dan  keterbukaan Mahathir dalam memulakan jalinan perhubungan diplomatik  antara kerajaan Malaysia dengan Israel.
Nah! Anwar Ibrahim ketika  itu merengkok dalam penjara dan secara senyap-senyap Mahathir menulis  "surat" memohon bantuan Perdana Menteri Israel untuk dana pilihanraya  buat UMNO. Sumber
¡Hola mundo!
9 years ago













0 comments
Post a Comment