http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Takut Tragedi 1990 Berulang, UMNO Tak Berani "Sentuh" Ku Li

Posted by Love Perak | Friday, March 12, 2010 | 0 comments »

Umno takut untuk memecat Ku Li walaupun beliau seringkali menempelak Umno dan pimpinannya. Mengapa Ku Li tidak di'jentik' oleh Umno. Jawapannya Umno takut Parlimen Gua Musang dan kesemua DUN di dalamnya terlepas kepada PR seperti yang berlaku pada pilihanraya 1990 ketika Ku Li berada dalam Semangat 46.

Jadi mahu tidak mahu Umno terpaksa membiarkan Ku Li bercakap apa sahaja yang di mahu. Ku Li sebenarnya tahu bahawa Umno tidak akan berani memecatnya sebab itulah beliau berani menentang arus dalam Umno.

Semalam Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata beliau ingin terus kekal bersama-sama dengan UMNO selagi beliau masih dikehendaki oleh parti itu.

Selaras dengan pendirian itu, katanya, beliau tidak akan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

Terbukti Umno sebenarnya mengamalkan sikap double standar ....takut bertindak ke atas orang tertentu dan pada masa yang sama bertindak garang kepada ikan bilis yang tiada apa-apa kepentingan.

0 comments