Kg. Melayu Sungai Rapat - Majlis perasmian sebuah syarikat penerbangan   swasta destinasi Ipoh-Kota Bharu di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah   yang dijangkakan meriah dengan kehadiran Dato' Seri Zambry Abdul Kadir   bertukar menjadi mimpi ngeri buat penganjur dan juga Zambry sendiri.   Menurut maklumat yang diterima majlis tersebut hampir dibatalkan kerana   jumlah kehadiran orang ramai yang amat sedikit walaupun khemah yang   disediakan boleh memuatkan hampir 500 orang.
Menurut sumber itu   lagi, pihak penganjur terpaksa meminta bantuan dari pihak Polis yang   menggunakan beberapa biji bas untuk mengangkut anggota polis yang sedang   mengadakan mesyuarat Koperasi Polis untuk meramaikan program  berkenaan.  Beberapa anggota polis yang ditemui turut melahirkan rasa  kecewa kerana  seolah-olah dipergunakan oleh pihak penganjur untuk  menjaga air muka  mereka.
Sumber dari pegawai di lapangan terbang  tersebut juga  mengatakan bahawa program tersebut diadakan tanpa  mendapat kebenaran  dari pihak berkuasa lapangan terbang yang  menyebabkan pekerja-pekerja di  situ 'memboikot' program berkenaan.
Jika  benar maklumat yang  diterima, ini merupakan satu lagi isyarat jelas  betapa rakyat menolak  kepimpinan Zambry dan BN. Ini juga menunjukkan  betapa kerajaan BN telah  menyalahgunakan premis dan harta awam serta  pasukan polis untuk  kepentingan politik mereka.
Zambry  dilaporkan meninggalkan majlis  berkenaan sebaik sahaja selepas  memberikan ucapan tanpa menjamu selera.
sumber
¡Hola mundo!
9 years ago













0 comments
Post a Comment