Raja Petra Kamarudin menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah terlibat dalam pakatan yang melibatkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan entah apa lagi.
Konspirasi apa?
Beliau mendakwa, lebih 25 tahun dahulu, kerajaan Johor bersedia memberikan kontrak bernilai RM32 juta kepada George Kent dengan syarat syarikat itu sanggup memberikan RM1 juta kepada Umno Johor. Muhyiddin didakwa menjadi wakil kepada Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Abdul Ajib Ahmad.
Masalahnya, kontrak yang bernilai lebih RM20 juta mestilah mendapat kelulusan dari Menteri Kewangan. Jadi dipecahkan kontrak itu menjadi dua, RM16 juta setiap satu, dakwa beliau. Itu tak termasuk Variation Orders atau perubahan-perubahan yang dibenarkan. Kalau termasuk Variation Orders, boleh lambung harganya kepada RM19 juta setiap satu. Dari RM32 dah mencanak naik kepada RM38 juta.
Tapi masalah tak selesai juga. Johor dah habis peruntukan belanjawannya. Najib yang ketika itu Menteri Besar Pahang dihubungi kerana Pahang masih ada lagi peruntukan yang belum dibelanjakan. Najib didakwa bersetuju meminjamkan peruntukan itu kepada Johor untuk membolehkan urusniaga dengan George Kent itu dijalankan.
Geroge Kent akhirnya didakwa berjaya mendapat kedua-dua kontrak itu, termasuk Variation Orders bernilai beberapa juta. Pahang memindahkan wang yang dijanjikan untuk membolehkan Johor membayar kepada George Kent, dakwa beliau. Umno Johor pula, dakwanya lagi, berjaya mendapatkan RM1 juta yang dijanjikan yang dibayar melalui bil-bil yang kecil untuk memastikan ia tidak dapat dikesan.
Beliau juga mencabar mereka menafikan pendedahannya. Tetapi, katanya:
...before you do, let’s play some poker. Do you want to bet that maybe, just maybe, I still do or do not have the contract documents to support my story?Itu sebab saya tak suka PAS melaksanakan perpaduang dengan Umno. Kalau dua puak tu berpadu, mat-mat korup dalam Umno ajar mat-mat korup dalam PAS bagaimana nak sapu duit tanpa dapat dikesan. Mat-mat korup dalam PAS pula tolong bagi istilah yang Islamik, misalnya rasuah dikosmetikkan dengan nama infak. Lingkup Malaysia, punah Melayu!
Call my bluff, if you think I am just playing poker.
Okaylah, let me give you a small hint. Ask Tan Kay Hock about the civil suit, George Kent (M) Bhd versus Bumi Kejuruteraan Sdn Bhd (baca selanjutnya dalam "Otak lembu" Malaysia Today 17/3/10).
Bagai biasa, jalan mudah bagi orang-orang Umno yang radang dengan pendedahan itu ialah memaki hamun Raja Petra dan menuduhnya pembohong, penakut dan sebagainya. Sebelum editor Malaysia Today itu mendedahkan dokumen-dokumen yang dimilikinya dan juga kes saman antara George Kent (M) Bhd dan Bumi Kejuruteraan Sdn Bhd, saya rasa itulah satu-satunya pilihan yang ada kepada mereka yang 'asabiyyah kepada Najib dan Muhyiddin.
Tunggu apa lagi? Makilah Raja Petra sepuas-puasnya. Tetapi bukan dalam ruangan komen blog ini. Buat blog sendiri dan tutoh puas-puas!
Artikel ini diambil daripada blog Penarik Beca
0 comments
Post a Comment