Anak Sengat
Umno sekali lagi diuji, kali ini dengan MIC.  Sejauhmana Umno yang dilihat cuba menjelma dengan istilah dan topeng  juara melayu mampu merampas kembali Hulu Selangor.
MCA memang tak  peduli kerana sibuk dengan AGM nya. MIC dari awal telah menamakan  calonnya kerana takut dirampas Umno.
PKR hampir pasti mengekalkan  calonnya dari kalangan melayu. Sebelum inipun calonnya ialah melayu.  Nama seperti Zaid Ibrahim dan Badrul Amin sangat dinanti untuk  menggerunkan Umno.
Jika Umno melatakkan  calon melayu...Umno sedikit ada kelegaan kerana isu melayu tak akan  berkemundang di sana.
Jika MIC yang bertanding di situ, Umno tak  perlu berkempen kerana ternyata Umno mengkhianati pengundi Melayu.
Umno  sangat tahu dan faham,peluang menang hanya akan wujud jika calon melayu  diletakkan di situ.
Umno terpaksa bertahan dengan asakan MIC.  Kita tengok benarkah Umno yang selama ini bersuara jantan dalam  mempertahankan hak melayu kononnya.
PERKASA yang baru beranak  tentunya akan membantu Umno.Jika tidak PERKASA hanya akan jadi penonton  panas punggong saje.
Muhyidin dilihat memberi reaksi  kecenderungan Umno, namun Najib masih bisu dalam isu ini.
Nampaknya  Umno terpaksa berdepan satu lagi jerangkap yang boleh mematahkan  tongkat kaum India atau mengecewakan melayu.
Umno dalam dilema!
¡Hola mundo!
9 years ago













Apa pun keputusan samada MIC atau UMNO yang berpeluang untuk bertanding di Hulu Selangor..di sini ingin saya ucapkan "SELAMAT BERPERANG SAUDARA WAHAI UMNOBN"