Begitulah  seseorang yang super licik dia akan menggunakan 'reverse-phsycology'  dan mengatakan orang lain yang licik.
Yang sebenarnya Mahathirlah  satu-satunya Presiden UMNO yang paling licik setakat ini.
Anda  masih ingat di sebelah malam beliau keluar dalam TV, apabila ditanya  tentang kesihatan DS Anwar dalam lokap, beliau menjawab,"He's safe and  sound", keesokkannya satu dunia terkejut apabila DS Anwar masuk ke  Mahkamah dengan mata lebam.
Beliau memberi komen kononnya DS  Anwar menghentak sendiri matanya dengan kepala lutut. Kemudiannya semua  orang tahu bahawa Ketua Polis Negara sendiri ketika itu, Rahim Noor yang  memukulnya.
Sesungguhnya Mahathir adalah spesis manusia yang  tidak boleh orang lain melebihinya. Baginya orang lain semuanya salah.  Dia sorang kononnya yang paling hebat. Teman separti dan sepangkat  dengannya, yakni Tun Abdullah di'hentam' sehingga sekarang. Presiden  UMNO sekarang yang suatu masa menjadi anak emasnya masih lagi dikritik  sehingga sekarang.
Kalau 'anak-anak' satu parti dengannya  di'hentam' kiri dan kanan, usah hairan kalau DS Anwar diherdik sebegitu  rupa.
Bertambah-tambah lagi pulak PRK Parlimen Hulu Selangor  makin dekat dan berbetulan pula 2 ekor katak berkepala 'putih' dan 2  ekor katak berkepala 'hitam' sedang melonjak-lonjak keluar bebas.
Seekor  katak yang berkepala 'putih' tengah gian mencuci najis sekarang  bersama-sama dengan seekor katak lagi yang berkepala 'hitam'. Yang dua  ekor lagi sudah bisu.
al-brangi:
Kita akan berhenti  berkata-kata sehingga kita berhadapan dengan Mahkamah Allah RabbulJalil  di Hari Perhitungan kelak di mana Allah sendiri yang menjadi Hakim.
¡Hola mundo!
9 years ago













Mahathir pantang lihat orang lain lebih dari dia. Sekarang Najib juga sama. Rais Yatim hampir-hampir tersingikir dari senaraia Menteri Kabinit. Veteran UMNO cerita: isteri Rais yang bernama Masnah tu pergi jumpa bini Najib yang bernama Rosmah Mansor tu bisik supaya nama Rais turut disenaraikan. Lalu Rais juga dilantik pegang jawatan Menteri untuk kendalikan 3 jabatan: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyairan dan Jabatan Warisan. Rais dimestikan jaga agensi-agensi berkaitan seperti Finas, Filem Negara dan Arkib Negara. Kalau tidak dia dianggap tidak mempunyai kelebihan apa-apa. Kesian Rais kena dera.