11.00 pagi:  Tujuh pengawal Ganesan yang  berpakaian seragam biru muda, menghampiri Tai yang berdekatan dengan  Zambry sambil memerhatikannya. Bentara kemudiannya menghalang mereka  daripada menyentuh Tai. Ngeh Khoo Ham (DAP - Setiawan) meluru ke arah  Tai dan menjerit kepada pengawal keselamatan supaya beredar kerana  menurut peraturan Dewan, mereka tidak dibenarkan memasuki Dewan. Tai dan  Neh kemudiannya melengkapakan jumlah semua adun Pakatan yang  meninggalkan dewan.
10.58 pagi: Nizar   kemudiannya bertindak keluar dewan. Bagaimanapun adun Pakatan  mengambil  masa sebelum meninggalkan dewan. 
10.50 pagi: Ganesan mengumumkan sesi soal jawab tamat. Pembangkang membantahnya sambil menunjukkan kepada jam di dinding yang menunjukkan masa 10.49 pagi, menandakan sesi tersebut lebih pendek berbanding tempoh sejam yang diperuntukkan.
![]()  | 
10.40 pagi: Wakil pakatan membaling kad kecil bertulis "Dunia sedang melihat", "pencuri" dan "penyamun".
Nizar pergi kepada meja setiausaha kerajaan dan menjatuhkan salah satu poster tersebut di situ. Tiada sesiapa menghalangnya.
10.30 pagi: Ganesan memanggil Tai Sng Ng (PKR-Kuala Sepetang) untuk bertanyakan soalan ketika.
Tai bangun dan berkata, beliau mahu memberikan laluan kepada Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) untuk membangkitkan peraturan dewan.
Ganesan mengabaikan permintaan itu. Berlaku kekecohan.
Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) bertempik dengan marah: “Ini peraturan dewan... speaker jenis apa ini?”
Ganesan melangkau soalan tersebut. Tempikan daripada kawasan Pakatan senyap seketika.














0 comments
Post a Comment