Setuju dengan pendapat MSO yang menyatakan Ahli parlimen umnobn sudah  engkar nasihat dari Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin  supaya menjaga tata tertib dan kelakuan ketika berhujah dalam parlimen.  Perangai mereka lebih teruk dari beruk dihutan.
Kat Bawah artikel  dari MSO yang di Cut & Paste
SAYA tidak pasti apakah Yang  Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyaksi Biletin Utama TV3  sekejap tadi yang menyiarkan sedutan gelagat serkas ahli parlimen di  dalam parlimen hari ini. Kalau baginda lihat apakah agaknya perasaan  baginda. Kelmarin semasa menyampaikan titah ucapan merasmikan sidang  parlimen baginda menasihat supaya ahli parlimen menjaga tata tertib dan  kelakuan.
Apa yang dipamerkan oleh TV3 sekejap tadi seolah  sengaja untuk memberi tahu kepada Yang Dipertuan Agong dan seluruh  rakyat negara ini bahawa itulah hakikatnya. Suasana dalam parlimen lebih  teruk dari pasar ikan. Ahli Dewan bukan saja melalak dan melaung macam  kera kena belacan tetapi ada yang menjerik-jerik macam terkena histeria  atau gila babi.
Perangianya lebih buruk daripada budak dan  gelagat mereka tidak melayakkkan mereka untuk duduk di kerusi empunya  dalam parlimen. Terasa sia-sia sahaja rakyat memilih mereka untuk berada  di situ.
Semuanya ia bermula apabila seorang ahli parlimen yang  baru menjadi bebas dan menang atas simbol PKR mengecam Anwar Ibrahim  habis-habisan. Ahli parlimen itu mendedahkan bagaimana Anwar  memperdayakan beliau dan ahli parlimen PKR lain berhubung dengan projek  16 September untuk mengambil alih kerajaan.
Pendedahan yang  dikira di luar konteks itu dan tidak menyentuh titah ucapan Yang  Dipertua Agong menyebabkan Anwar bangkit mempersoalkannya. Anwar kurang  senang dengan apa yang diucapkan oleh ali parlimen berkenaan yang  dianggap melampau dan cuba menghinanya.
Ketua pembangkang itu  cuba meminta laluan bagi menjawab apa yang diperkatakan ahli parlimen  berkenaan tetapi tidak diberikan peluang. Kecewa dengan apa yang berlaku  Anwar bertindak meninggalkan Dewan. Wajar kalau anwar mengambil sikap  itu kerana semangat bermesyuawarah yang sepatutnya dipraktikan dalam  parlimen tidak ada lagi.
Ketika inilah juah menjuah dan memperli  Anwar kedengaran macam dalam pasar. Ahli Parlimen khasnya BN jadi sudah  tidak siuman lagi kerana melihat ketua pembangkang sudah dibalun  secukupnya oleh ahli parlimen dari utara itu. Perasaan kemanusiaan dan  profesional sebagai seorang ahli parlimen langsung tidak ada lagi.
Ikhlas  saya kata saya malu melihat gelagat dan aksi yang ditunjukkan itu.  Tidak kira siapa yang melakukan samada ahli parlimen pembangkang atau  pun parti UBN. TV3 juga satu hal, sudah gila sehingga tidak tahu lagi  untuk menilai mana news value yang menempati cita rasa orang Melayu  Islam atau pun tidak. Kalau TV3 juga masih waras ia tidak menyiarkan  sedutan seperti itu kerana ianya hanya memalukan.
Usahlah kita  cuba nak meniru laporan bebas melampau media massa barat berhubung sikap  biadab dalam parlimen. Padan patutlah sebab apa yang disiarkan itu  turut sama ditonton oleh kanak-kanak. Bagaimana kita hendak membentu  mereka menjadi insan yang menghormati orang, timbang rasa dan kasih  sesama sendiri kalau perangai pemimpin mereka macam tahi buruknya.
Tidak  kelihatan pula dalam sedutan itu ada ahli parlimen Cina yang bangkit  melalak dan melaung. Semua yang bangun ada para penyokong kerajaan  terdiri dari ahli parlimen Melayu saja. Nampaknya Melayu kalau melanyak  Melayu memang hebat dan nombor satu. Maaflah!
~MSO
¡Hola mundo!
9 years ago













Nak buat camne . Modal untuk debat takde . Terkilan tak dapat kontrak di Penang sebab pakai RM2 punya company . Jadi payback time lah pada PR . Oh Ya ! Pok Brahim kata tak payah ada caucasus lah ! Elok jadi katak solo !
Zahrain muka tak malu jadi MP atas tiket PKR,tak dpt kontrak jadi BEBAS.Kalau ada maruah letak jawatan lah.