Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia  mempertahankan  dakwaannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan slogan 'One Israel'.
Bagaimanapun, Anwar berkata beliau juga akan  mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai peranan Apco Worldwide - yang  didakwanya menghasilkan 1Malaysia dan One Israel - dengan kerajaan  pusat.
Katanya, dalam satu jawapan yang diberikan  kepada Dewan Rakyat, ia menyatakan bahawa perkhidmatan Apco tidak  digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu  umum komunikasi.
Anwar merujuk kepada jawapan  kerajaan terhadap soalan ahli parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani  minggu lalu, yang turut mendakwa perkhidmatan firma itu turut digunakan  oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.
Menurutnya,  beliau mahu kerajaan mendedahkan peranan sebenar Apco, nilai kontrak dan  syor-syor firma berkenaan kepada semua kementerian kerajaan.
¡Hola mundo!
9 years ago













0 comments
Post a Comment