http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Ada Berani Ka Wahai Katak2 Sekalian?

Posted by Love Perak | Tuesday, March 16, 2010 | 2 comments »

Aku setuju sangat cabaran dari Karpal Singh ni. Dia hari ini mencabar kesemua MP Bebas supaya kosongkan kerusi parlimen bagi mendapatkan mandat baru daripada pengundi kawasan masing-masing.

Aku bercakap ni pun atas dasar aku sebagai pengundi. Memang aku akui, aku mengundi bukan berdasarkan calon, tapi atas dasar perjuangan parti. Walau calon yang kurang ternama dan kurang berdisiplin sekalipun yang bertanding, aku berharap pemuafakatan dalam parti tersebut akan membentuk perkhidmatan cemerlang dari wakil rakyat yang mewakili parti bertanding. Itulah sebabnya parti yang menjadi pilihan aku, bukannya calon.

Jadi aku sokong sangat sangat saranan dari siapa pun jugak, calon yang melompat perlu mengosongkan kerusi mereka supaya pemilihan baru dapat dibuat. Ia lebih adil bagi majoriti pengundi yang sealiran pemikirannya dengan aku. Memang la aku percaya tadak sapa pun dari depa yang akan buat kerja merugikan perut ni. Tok sah la buat sembahnyang hajat 14 hari pun. Tok sah dok gempaq la dengan 14 tong petisyen dari rakyat pun, depa mana ada moral kalau moral yang kita debatkan.

Memang la bagi sesapa yang letak jawatan sebagai wakil rakyat, depa tu akan dihalang dari bertanding lagi untuk satu tempoh tertentu. Jadi mana ada keadilan bagi depa. Tapi Karpal dah bagi jalan, menurutnya, sekiranya mereka takut tidak dapat bertanding lagi sebagai calon jika meletak jawatan, mereka boleh memilih satu lagi kaedah iaitu dengan tidak menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan berturut-turut.

"Ada peruntukan 52(1), jika seseorang ahli parlimen tidak menyertai persidangan dalam enam bulan, kerusi dia kosong dan dia masih boleh bertanding sebagai calon," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

So sekarang amacam katak katak sekalian, ada berani ka..?

2 comments

  1. Anonymous // March 16, 2010 at 10:47 PM  

    Potong ayam kata orang cina , katak-katak yang berkopiah dan tidak tu , takkan berani sambut cabaran Karpal tu. Takda peliaq punya katak !

  2. Anonymous // March 16, 2010 at 11:28 PM  

    Katak-katak ni bercakap kononnya mereka nak Islam sangat, tapi tipu pengundi dan tidak amanah, adakah itu disuruh Islam? Inilah Islam "KataK" bukan Islam asli.