http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Hillary Clinton Beri Amaran Terhadap Malaysia Isu Kes Anwar?

Posted by Love Perak | Tuesday, November 02, 2010 | 0 comments »

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

"Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil,” kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dipecat dan dipenjarakan atas beberapa dakwaan seks dan rasuah sedekad yang lalu berkata beliau sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik dan melahirkan kebimbangan tidak mendapat keadilan sewajarnya berhubung dakwaan terbaru dengan seorang lagi pembantunya.

Pakatan pembangkang yang diterajuinya membuat kejutan pada pilihan raya umum 2008 lalu dengan menafikan kerajaan BN kemenangan dua pertiga di Dewan Rakyat, - sesuatu yang tidak diduga sejak BN memerintah negara ini lebih separuh abad.

Anwar, yang didakwa mengadakan perhubungan sejenis dengan pembantunya berkata semua tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan menamatkan kerjaya politiknya dan melemahkan Pakatan Rakyat.

Badan Hak Asasai Manusia menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan ke atas Anwar dan membidas kes itu sebagai "charade of justice," atau 'keadilan kepura-puraan' dan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ia sedang memerhati dengan teliti peristiwa berkenaan.

Meliwat walaupun di kalangan golongan dewasa atas dasar kerelaan kedua-dua pihak adalah satu kesalahan jenayah di Malaysia.

Perbicaraan Anwar bermula pada Februari lalu tetapi tergendala akibat penangguhan dan tidak mencapai banyak kemajuan.

Chegu Bard Jawab Dr Asri

Posted by Love Perak | Tuesday, November 02, 2010 | 1 comments »

Kenyataan Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam Utusan Malaysia Selasa 2 November 2010 yang menggesa supaya Anwar Ibrahim menggundurkan diri dari dunia politik nyata adalah gesaan yang tidak wajar dan tidak dapat di terima. Alasan yang menggatakan bahawa rentak politik Anwar Ibrahim tidak seimbangan dan penggundurannya akan memberi ruangan kepada politik baru tidak tepat.

Hakikat sebenarnya, politik Malaysia sedang mengalami anjakan yang besar dari sudut kesedaran dan kepekaan terhadap politik. Penglibatan rakyat Malaysia sebagai suara pengimbang kuasa politik adalah nafas-nafas baru yang telah wujud dan Anwar Ibrahim merupakan faktor utama penyumbang perubahan tersebut. Politik Malaysia bergolak kerana rakyat khususnya golongan muda menuntut perubahan dari situasi politik berbudaya usang yang ada pada BN. Kuasa politik mutlak yang mahu di pegang oleh BN hari ini tercabar dengan kebangkitan anak muda dalam mempersoalkan khususnya isu-isu berkenaan dengan demokrasi dan keadilan.

Anwar Ibrahim di lihat sebagai kuasa penyatu dalam politik yang dapat mencabar tindakan-tindakan kerakusan politik BN dan UMNO khususnya. Usaha menyatukan suara-suara pembangkang bagi tujuan mendesak kerajaan memerintah dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh Anwar Ibrahim. Kita perlu ingat bahawa usaha menyatukan perjuangan pembangkang wujud sejak dahulu lagi – sewaktu timbulnya Gagasan Rakyat yang merupakan kalobrasi DAP, PAS dan Semangat 46 serta Angkatan Perpaduan Ummah yang di bentuk oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha mengimbangkan dominasi BN dan UMNO dalam memegang kuasa di negara ini. Usaha Tengku Razaleigh tidak berjaya sebagaimana berjayanya Anwar Ibrahim sebagai faktor penyatu dalam Pakatan Rakyat yang telah berjaya mencabar monopoli politik yang ada pada BN khususnya UMNO. Ini merungsingkan BN/UMNO sehingga berbagai usaha dibuat untuk mematikan imej dan karier politik beliau. Kita lihat hari ini tindakan – tindakan terdesak kerajaan memerintah terhadap Anwar Ibrahim wujud kerana beliau berjaya memberi kesedaran baru, politik baru dan harapan baru kepada rakyat Malaysia. Ini dilihat sebagai satu ancaman kepada politik BN/UMNO yang sedia ada.

Kemantapan Pakatan Rakyat sebagai satu alternatif kepada BN adalah politik nafas baru yang sebenarnya. Kehadiran Anwar Ibrahim dalam menyatukan parti-parti ini bagi menguatkan suara rakyat adalah satu kejayaan. Faktor kehadiran Anwar Ibrahim dalam politik tanah air amat kritikal dalam kita membawa harapan baru untuk rakyat Malaysia. Sekiranya Anwar Ibrahim gagal kita percaya BN dan UMNO tidak akan melakukan usaha terdesak mereka untuk melenyapkan partisipasi Anwar Ibrahim dalam politik.

Generasi baru ini melihat Anwar Ibrahim sebagai ikon penyatuan yang akan menjadi suara baru dalam perjuangan rakyat. Generasi baru hari ini juga nampak bahawa usaha terdesak BN dengan menggunakan segala jentera kerajaan, melakukan ketidakadilan serta kezaliman dan usaha jahat untuk membunuh politik Anwar Ibrahim hanya menunjukkan betapa korup dan pincangnya pentadbiran kerajaan dibawah BN. Ini memerlukan pembelaan dan pembelaan ini bukan setakat membela Anwar Ibrahim tetapi membela rakyat dari terus dipimpin oleh kerajaan zalim yang ada.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin tidak realistik dalam menuntut Anwar Ibrahim berundur dari politik. Alasan beliau tidak tepat dan ini juga mampu dilihat sebagai satu usaha untuk menggagalkan usaha reformasi yang dilakukan demi membebaskan rakyat dari terus di tipu oleh kerajaan memerintah. Anwar Ibrahim telah berjaya mengerakkan barisan pembangkang yang mantap dan semakin diterima rakyat Malaysia. Dr Mohd Asri sepatutnya lebih kritikal dalam memberi pendapat dan tidak terikat dalam pandangan sealiran dengan BN yang telah banyak melakukan manipulasi kuasa semata-mata mahu terus menipu rakyat Malaysia. Regim yang ada ini seharusnya di tentang dan diruntuhkan. Faktor kejayaan Anwar Ibrahim dalam membentuk kuasa berasaskan kuasa rakyat inilah yang mengerunkan kerajaan yang ada.
Memang perjuangan ini bukan kerana sosok Anwar Ibrahim tetapi kenapa sosok Anwar ini berjaya dengan mudah diterima rakyat selepas dipecat dan dihina oleh Umno ?

Selain dari sejarah latar yang dilakar Anwar sebagai pejuang rakyat sebelum memasuki Umno, beliau juga tidak dapat dinafikan telah membuktikan punya keazaman peribadi dan keazaman politik yang kuat dalam melakukan perubahan.

1997 menyaksikan (Tun) Dr. Mahathir bercuti. Anwar diberi laluan memangku jawatan Perdana Menteri, Menteri dalam Negeri dan turut memangku Presiden Umno. Ramai mengatakan pada ketika itu Anwar sedang di uji oleh Dr. Mahathir sama ada layak untuk mewarisi kerusi beliau.

Ada kuasa sekejap apa yang Anwar lakukan ? Beliau tidak beretorik. Anwar kembali ke parlimen membentangkan pindaan akta rasuah 1997 ini mencemaskan ramai pihak apabila akta rasuah diperketatkan. Akhirnya ini juga punca pada kaca mata ramai mengatakan Anwar gagal ujian tersebut. Kemungkinan jika Anwar ketika punya kuasa sekejap itu mungkin lulus ujian jika tidak membuat pindaan akta rasuah sebaliknya terus menggalakkan rasuah maka sekarang sejarah perjuangan dalam negara mungkin tidak sebegini.

Jesteru itu Anwar mungkin ada kekurangan tetapi Anwar kini kuasa penyatu yang diterima rakyat. Anwar mampu membawa rakyat bersatu ke pintu perubahan. Maka barisan anak muda harus bersiap, apabila dipintu perubahan nanti jangan tunggu tetapi terobos masuk. Sebelum itu kita anak muda harus siap.

Perubahan perlu didesak bukan ditunggu./

Timbalan Pengerusi
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu,
Dr Bala Chandran
“Kami (DHPP) akan terus bersama PAS dan Pakatan Rakyat untuk memastikan Umno digulingkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Itulah hasrat dan matlamat kami. Kita harap kita dapat bersama sebab kita tidak ada pilihan lain. Orang bukan Islam tidak ada pilihan lain untuk membuat perubahan ini.

“Harapan kita keadilan Islam dan hanya dengan keadilan Islam sahaja dapat membersihkan negara ini dari kehancuran,” Dr Bala Chandran .
SETIU: Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran mendakwa Umno-BN yang sebenarnya anti Islam dan ‘ektrimis’.

Malah, katanya Umno-BN disifatkan sebagai ‘murtad’ kerana memperlekehkan hukum hudud dari ajaran Islam.

Sepatutnya, kata beliau Umno perlu menerangkan kebaikan hukum hudud itu yang terdapat dalam ajaran Islam.

“Patutnya, Umno kena cakap hukum hudud itu baik. Jadi jika kita tengok secara terperinci apabila seseorang Umno Melayu memperlekehkan hukum hudud bagi saya dia (Umno) seorang yang ‘murtad’.

“Sebab hukum hudud dengan Islam tidak dapat dipisahkan. Kalau dapat dipisahkan bukan Islamlah itu.

“Umno terdesak sekarang ini dan dia tidak tahu orang bukan Islam pun sekarang sudah pandai dan tahu tentang Islam dan sudah mula mencintai Islam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili DHPP pada Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 kali ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, 23 Oktober lalu.

Menurutnya, keadaan telah berbeza dan orang bukan Islam sudah berani menyokong PAS kerana keadilan yang dibawa parti itu.

Selain itu, katanya DHPP akan terus bersama PAS dan Pakatan Rakyat untuk memastikan Umno ‘digulingkan’ dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Menurutnya, orang bukan Islam tidak ada pilihan lain untuk membuat perubahan melainkan bersama-sama dengan PAS menyelamatkan negara ini dari kehancuran. - BuletinOnline


Oleh: Pria Malaya

Selepas maruah Umno Kelantan 'tercalar' apabila bangunannya di Kota Bharu bertukar tangan kepada PAS, hari ini Umno Kelantan sekali lagi menerima berita malang apabila bekas ADUN Kadok mengihstiharkan keluar Umno akibat masalah yang membelenggu kepimpinan parti itu..

Satu tamparan hebat buat Umno Kelantan dalam kerancakan mereka berkira-kira untuk merampas Kelantan dari tangan PAS...nampaknya Melayu 'tidak semetisnya' memerlukan Umno untuk berjuang..fikir2kan..


Selepas 38 tahun, Soberi Shafii keluar Umno

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.

Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi.

Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.

Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.

(Gambar: Soberi menunjukkan surat maklumat keluar Umno yang disahkan penerimaannya oleh ibu pejabat Umno jam 10.45 pagi tadi)

"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno.

"Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu.

Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalakn segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.

Soberi berkata, sikap pemimpin Umno yang berpuak-puak akan menggagalkan pelaksanaan segala ucapan Najib itu.

"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini ialah RM2.15 per liter, demikian menurut laporan. . Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

  Imbang Penuh Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adalah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.

Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.

Nabil Raja Lawak Ditangkap Bersama Pramugari jam 4 pagi?

Posted by Love Perak | Monday, November 01, 2010 | 0 comments »

Nabil raja lawak yang sebelum ini menyatakan hubungan dia dengan Irma Hasmie masih seperti biasa nampaknya hanyalah propa semata-mata bagi mengelakan diri dari diterjah setelah gosip mengenai hubungan mereka berdua sudahpun berakhir muncul.. Dalam berita Harian hari ini Irma Hasmie akhirnya telah membuat kenyataan yang hubungan percintaan dia dan Nabil raja lawak sudah pun berakhir…
Dalam kenyataan tu juga Irma ada menafikan yang dia terlibat dengan aktiviti menerjah rumah Nabil bersama perempuan lain.. namun enggan mengulas lanjut akan kesahihan kejadian tersebut.
Opsss.. Mesti korang tertanya-tanya aktiviti menerjah apakah itu?.. buat sesiapa yang masih tak tahu.. sebelum ni ada gosip gosip panas yang mengatakan Irma dan kawanya berjaya menerjah Nabil bersama seorang peramugari pada pukul 4 pagi di kondo Nabil sendiri… Peramugari tersebut dikatakan hanya memakai t-shirt tanpa coli dan boxer sahaja.. Nampaknya kesahihan gosip ni masih lagi menjadi tanda tanya apabila Irma sendiri enggan mengulas lanjut kejadian ni…
Teruskan Membaca Di sini

Anwar Perli, Bidas Najib!

Posted by Love Perak | Monday, November 01, 2010 | 0 comments »

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mahu mendirikan Menara Warisan 100 tingkat yang menelan perbelanjaan RM 5 billion tetapi tidak mampu menyelenggarakan jambatan kecil dan usang di Kampung Gas, Sandakan, lapor TV Selangor.

"Apa yang ada dalam Bajet 2011 yang mengutamakan penduduk Batu Sapi. Yang difikirkan oleh Najib ialah mahu mendirikan menara 100 tingkat dan mengkayakan kroni mereka.

"Balak berpuluh bilion diambil tapi jambatan kecil usang di Kampung Gas untuk kegunaan rakyat miskin pun tidak terjaga. Tak guna punya kerajaan!" perli Anwar sambil disahut dengan laungan Reformasi oleh penyokongnya pada ceramah petang semalam.

Sebelum ini calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah jatuh ke laut dua kali akibat keusangan jambatan di Batu Sapi. Kali terakhir beliau jatuh semasa mengggunakan jambatan itu di Kampung Gas.

Anwar berucap di hadapan lebih seribu penduduk Batu Sapi di Sanbay Hotel dekat Sandakan petang semalam dalam majlis Debat Perdana anjuran Pakatan Rakyat.

Katanya, kemenangan di kawasan parlimen P185 akan menghantar mesej yang amat jelas bahawa pengundi Sabah dan Sarawak bersama-sama rakyat Semenanjung menolak sepenuhnya kepimpinan Najib yang mewakili Umno-BN.

Beliau berkata jika kemenangan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat di Sibu, Sarawak boleh dianggap sebagai kejutan kepada 'kubu besi' BN, kemampuan pengundi Batu Sapi memartabatkan calon PKR ke Parlimen 4 November ini menjadi pukulan kepada Umno-BN.

"Kita perlu ingat pada pilihan raya umum 2008 pengundi Semenanjung telah menolak Umno-BN dan undi popular yang Pakatan Rakyat perolehi ialah 51 peratus. BN hanya menang disebabkan undi Sabah dan Sarawak, sebab itu mereka label simpanan tetap.

"Pilihan raya Batu Sapi adalah rahmat Tuhan kepada rakyat Sabah, satu peluang kepada pengundi membuat gegaran di Parlimen, membawa isu-isu yang tidak mungkin diperjuangkan oleh wakil BN mahupun Sapp," kata Anwar.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata Pakatan Rakyat sekarang mampu berdepan dengan rakyat dengan pelbagai bukti dasar yang dilaksanakan oleh negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan.

"Di Pulau Pinang semasa BN memerintah belanjawan sentiasa defisit tetapi dua setengah tahun sahaja Pakatan Rakyat memerintah rizab kerajaan negeri mencecah lebih RM1 bilion.

"Di Kedah pula selepas memerintah, rakyat menikmati pengurangan cukai sebanyak 30 peratus di kawasan bandar dan 70 peratus di luar bandar. Di Selangor rakyat bukan sahaja nikmati air percuma tapi skim khairiat kematian sebanyak RN2,500, untuk pelajar universiti RM1,000 dan macam-macam lagi," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat Sabah membuat perubahan dengan bersama-sama melakarkan laluan ke Putrajaya bagi mengubah senario politik perkauman dan kronisme yang menjadi budaya Umno-BN sejak 50 tahun.

Katanya, kemenangan Pakatan Rakyat di Batu Sapi dianggap penting kepada rakyat Sabah khususnya dalam usaha mendapat pembelaan sebenarnya apabila diabaikan oleh pimpinan BN sejak sekian lama meskipun negeri itu makmur dengan sumber asli dan alamnya.

Seramai 1,615 pengundi pos di P185 Batu Sapi akan membuang undi bermula hari ini.      

Raja Petra Dibebaskan - Adakah satu Perangkap?

Posted by Love Perak | Monday, November 01, 2010 | 0 comments »

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini membatalkan rayuan kerajaan berhubung keputusan pembebasan Raja Petra Kamaruddin daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah dimaklumkan bahawa perintah tahanan dua tahun telahpun berakhir.

Raja Petra ditahan mengikut ISA untuk 56 hari tetapi pada November 2008, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membenarkan permohonan habeas corpus dengan berkata Kementerian Dalam Negeri telah bertindak melampaui batas kuasanya.
Kementerian Dalam Negeri merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 November 2008 yang membebaskan Raja Petra yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA.

Awal September lalu,Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu tiga panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria bahawa pihak pendakwaan masih belum menyerahkan notis rayuan kepada Raja Petra.
Oleh itu, Arifin yang bersidang bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusof dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan rayuan itu kerana mereka masih belum menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra.

Apabila ditanya oleh Hashim tentang peluang untuk menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra Tun Majid menjawab "Alamat Raja Petra masih tidak diketahui " .

Ketika itu peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Raja Petra memberitahu mahkamah rayuan itu bersifat akademik kerana perintah menteri untuk menahan anak guamnya selama dua tahun telah pun tamat.

"Perkara itu bersifat akademik tetapi tiada apa yang boleh menghalang menteri untuk mengeluarkan perintah baru selepas dua tahun " katanya.

Tun Majid berkata perintah menteri itu akan bersifat akademik selepas 21 September 2010 Pada 7 November 2008 Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada ISA selepas memutuskan penahanannya selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting di Taiping Perak adalah tidak sah.

Raja Petra ditangkap pada 12 September 2008 kerana beliau disifatkan sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara dan perintah untuk menahan beliau di bawah ISA dikeluarkan pada 22 September 2008.      

Tak Cerdik Rupanya SPR ni

Posted by Love Perak | Monday, November 01, 2010 | 1 comments »



Oleh: Pria Malaya

Fuh, kalau dekat pembangkang, laju je SPR ni keluar statement, keluar kenyataan bantah, pertikai, kritik, kecam pembangkang...

Kalau berlaku dekat kerajaan Umno/BN, punya la diam menikus..dasar hipokrit perkakas Umno ini...

Najib yang terang2 hulur rasuah 'I help You, You Help Me' masa PRK Sibu hari tu, langsung tak ditegurnya..khairy suatu masa dahulu di kelantan, menaja berpuluh2 buah bas utk pelajar luar Kelantan balik ke kelantan untuk mengundi, langsung tak jadi isu bagi SPR..apa beza taja dengan tiket free bas dgn wang kertas wahai SPR??
Suruhanjaya Penipu Rakyat?

Korang tengok gambar atas tu, punyalah nk menghalalkan keputusan buat hari pengundian pada hari bekerja, dibuat perbandingan dgn PRK Manik Urai hari tu, kononnya walaupun dibuat pada hari bekerja, peratusan keluar mengundi tetap ramai, so tak jadi isu katanya...

"Sebagai contoh, pada pilihan raya kecil Manik Urai yang dijalankan pada hari bekerja, lebih 83 peratus pengundi keluar mengundi tetapi pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, yang diadakan pada hari tidak bekerja, peratusan keluar mengundi hanya 70 peratus," -SPR
SPR sedar atau tidak, masa PRK Manik Urai, Kelantan telah ishtihar cuti persitiwa utk seluruh negeri Kelantan?..gara-gara tindakan berat sebelah SPR, negeri kelantan terpaksa ishtiharkan cuti khas utk rakyat Manik Urai keluar mengundi?


"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'Cuti Peristiwa'. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," - MB Kelantan
So pada SPR, jangan marah jika anda di cop sebagai perkakas, barua bagi kerajaan Umno/BN

Gambar Terbaik Dari Batu Sapi

Posted by Love Perak | Monday, November 01, 2010 | 0 comments »

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9XszEJ0Fpl1ps86qvFjEhJR4gmjm20GThTsGzedaNzCUOwjPSfE4thhyfp7gaI_KuFdsSx9XL-sQ_m53GudyVuZ3qWy1kg8l1J5pWQqv9K7v4Jj8JA99XzBvSQ1EgkTapKq2XvFr3UPdy/s1600/5129618667_72669e7ca4.jpg

Kononnya tak ada projek mee segera. Cakap serupa *&(^&*^^%^