Oleh: Pria Malaya
Selepas maruah Umno Kelantan 'tercalar' apabila bangunannya di Kota Bharu bertukar tangan kepada PAS, hari ini Umno Kelantan sekali lagi menerima berita malang apabila bekas ADUN Kadok mengihstiharkan keluar Umno akibat masalah yang membelenggu kepimpinan parti itu..
Satu tamparan hebat buat Umno Kelantan dalam kerancakan mereka berkira-kira untuk merampas Kelantan dari tangan PAS...nampaknya Melayu 'tidak semetisnya' memerlukan Umno untuk berjuang..fikir2kan..
Selepas 38 tahun, Soberi Shafii keluar Umno
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.
Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi.
Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.
Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.
(Gambar: Soberi menunjukkan surat maklumat keluar Umno yang disahkan penerimaannya oleh ibu pejabat Umno jam 10.45 pagi tadi)
"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.
Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno.
"Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu.
Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalakn segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.
Soberi berkata, sikap pemimpin Umno yang berpuak-puak akan menggagalkan pelaksanaan segala ucapan Najib itu.
"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.
Bila pulak mamat ni penah jadi ADUN? Lagipun kala korang teliti statement dia, korang patut taulah dia tu ikhlas ke tidak. "Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu.
Jenis ni masuk UMNO kerana ada kuasa, tau dak. Sebab tu:
tugas = kerja
kerja = boleh akses pada peluang
peluang = buat RM
Jenis mamat ni beri saja pitih, melompatla dia. jadi kalau dia tinggalkan partipun UMNO Kelantan tak rugi apa-apa.