http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Terima Kasih PAS - Tengku Razaleigh

Posted by Love Perak | Thursday, November 04, 2010 | 2 comments »

Pengarah jentera BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas Tengku Razaleigh merakamkan penghargaannya kepada PAS kerana "tidak menimbulkan banyak masalah" kepadanya sepanjang 10 hari berkempen.

"Saya juga telah menasihatkan pemimpin BN supaya tidak menyentuh peribadi pemimpin lawan mereka demi menjaga pemuafakatan dalam membela hak rakyat," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Cekati selepas pengumuman kemenangan BN malam ini.

Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang berkata, beliau tidak merasakan PAS telah melancarkan serangan peribadi terhadapnya sepanjang tempoh kempen tersebut.

"Kalau dia nak tuduh saya, biar dia tuduh. Saya tidak perlu jawab kerana tidak benar," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya sekiranya kemenangan ini menandakan sokongan masyarakat mula berubah kepada BN selepas penolakan dalam pilihan raya umum 2008.

"Tak tahulah ini boleh jadi ukuran sama ada rakyat boleh terima kita balik," katanya.

Namun, katanya, ia tetap menunjukkan sokongan hebat masyarakat tempatan yang mahukan "perubahan."

"Ramai golongan muda beri sokongan kepada kita, menampakkan mereka mahu kepada perubahan, mereka mahukan pembangunan yang memberi makna kepada mereka seperti peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya.

Menurutnya lagi, cara lama dengan menggunakan media tradisional yang dikawal ketat oleh kerajaan, tidak lagi berkesan dalam kempen pilihan raya.

Sebaliknya pendekatan melalui media baru yang lebih bebas sepatutnya digunakan bagi memikat hati rakyat, tambahnya.

"Saya ingin pergi lebih jauh dari sini dan tidak lagi gunakan cara tradisi.

"Masa sudah sampai untuk kita bebaskan media supaya tidak dikawal begitu ketat.

"Memang wajar pertimbangkan supaya media dibebaskan supaya tidak begitu dikawal.

"Kita tengok ancaman keselamatan pun dah berkurangan," katanya dan menambah, masyarakat sekarang lebih banyak memilih media alternatif," katanya lagi.

2 comments

  1. anakKambing. // November 4, 2010 at 11:02 PM  

    terima kasih KU LI kerana mengucapkan terima kasih kepada PAS.
    Sejak kematian wakil rakyat Galas, para pemimpin PAS kelantan membuka gelanggan dgn menafikan bahawa KU LI akan dikaitkan dalam PRK Galas.
    Setelah KU LI dilantik PRK Galas, PAS meletakan diri dalam kekalahan dengan memberikan peratusan 48%.
    Sementara dalam kempen PRK, PAS begitu malu-malu mata dgn KU LI. Bahkan cuba memainkan isu KU LI tidak bersama dalam kempen-kempen BN. Tanda-tanda PAS akan kalh jelas kelihatan apabila PAS juga cuba menumpang nama KU LI.
    Kita tidak tahu apakah jasa KU LI kepada PAS kelantan sehingga PAS Kelantan terpaksa melutut kepada KU LI.
    Sudah sampai masanya PAS Kelantan memuhasabah diri dan membebaskan minda feudal mereka. KU LI adalah musuh politik PAS, siang malam KU LI akan berfikir bagaimana nak menghancurkan PAS. Setiap kali KU LI menghulurkan tangan, tangan yang dihulur mestilah dianggap tangan musuh. Senyuman yang diberi adalah senyuman yang penuh bermakna.
    Yang paling penting PAS Kelantan mesti memutuskan apa-apa hubungan pertalian politik dengan KU Li, bermula dari saat ini.

  2. Anonymous // November 4, 2010 at 11:58 PM  

    Orang Galas cerdik. PRU13 tak lama lagi. Orang ramai tahu umno banyak duit. Mereka beri peluang pada umno. Umno kena tunai segala janji. Kalau gagal...PRU13 jadi tragedi.