http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Umno Tolak Allah, Ber"Tuhan"kan Pemimpinnya.

Posted by Love Perak | Saturday, November 13, 2010 | 1 comments »

 Artikel ini diambil dari blog Kerajaanrakyat.blogspot.com

“Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” (Dr Mahathir Mohamad: 14 Julai 1992).

“Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.” (Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak: 20 April 1993).

Ahmad Henry

Pada zaman Nabi Musa a.s, Mesir merupakan sebuah negara maju dalam segala bidang, kecuali dalam aspek kerohanian. Pemerintah pada ketika itu ialah Firaun bernama Walid Bin Mus’ab dari keturunan Amlaq atau Amaliq. Satu fakta yang kita perlu tahu berkenaan kemajuan Mesir ialah, pada ketika itu tiada Tun Mahathir.

Sekitar 1940-an, PBB telah meluluskan penempatan Yahudi di wilayah Palestin. Tahun demi tahun, negara HARAM itu telah menjadi sebuah negara maju dengan penumpuan kepada sains dan teknologi persenjataan. Dengan kemajuan yang ada, Israel muncul sebagai satu bangsa yang mempunyai kesanggupan membunuh pada tahap paling maksimum. Ini mengingatkan saya kepada amaran Hitler dengan kata-katanya lebih kurang, “Aku tinggalkan Yahudi itu sedikit, supaya kamu (generasi berikutnya) mengetahui siapa mereka”. Faktanya, Tun Mahathir tiada di situ.

Di negara-negara maju lain, . . .Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Cina, dan sebagainya, semua negara ini mengecap kemajuan pada tahap maksimum. Setiap pemimpin di negara itu menyediakan selengkap mungkin prasarana dan kemudahan untuk rakyatnya. Di sana pun tiada Tun Mahathir. Tapi mereka maju juga.

Berbalik kepada Israel iaitu sebuah rejim paling zalim setakat ini, mereka juga menyediakan prasarana lengkap kepada rakyatnya. Mereka membayar gaji kepada kakitangan kerajaan yang berkhidmat, membina jalan raya, menyediakan kemudahan jalur lebar, perbankan, institusi pendidikan. Pokoknya, semua lengkap. Mereka tidak menzalimi rakyat mereka.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini, pemimpin yang zalim dan bongkak pun akan melaksanakan fitrah kemanusiaan apabila mereka berada di kerusi pemerintahan.

Rujuk pula situasi di Malaysia. Di sini apabila sebut kemajuan, ia adalah jasa Mahathir. Baguslah kerana Malaysia mempunyai rakyat yang sentiasa bersyukur. Tetapi akidah kita perlu sentiasa mengakui bahawa Mahathir hanyalah asbab atau perantaraan kepada kemajuan tersebut. Hakikatnya, maju mundur itu telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ia hanyalah ujian buat manusia. Allah s.w.t mahu melihat manusia bersyukur pada siapa. Pada Allah s.w.t kah, atau pada Mahathir.

Saya sejak dari dahulu memang berterima kasih kepada jasa Mahathir. Sejak dahulu juga saya sentiasa mahukan beliau cepat bersara daripada menerajui pusat negara. Mengapa? Sebabnya, saya tidak mengukur kehebatan seseorang pemimpin itu melalui jasanya membangunkan kebendaan. Pada saya itu bukan jasa. Itu tanggungjawab dia. Memang kewajipan dia untuk sempurnakan semua itu mengikut kemampuannya. Bukan dia sahaja. PM Israel pun melaksanakan ‘kewajipan’ yang sama.

Tapi tidak ada sebab untuk saya menyempitkan ketaatan terhadap seseorang pemimpin hanya kerana ‘jasanya’ itu.

Pemimpin yang saya cari ialah pemimpin yang dapat membantu penyempurnaan akhlak rakyat. Selain mengharapkan ilmu agama disediakan dari rumah, suasana agama di persekitaran amat diperlukan sebagai pengukuhan. Rosak persekitaran, musnahlah ilmu agama yang disemai dari rumah itu.

Saya berulang kali menegaskan dalam buku dan tulisan saya bahawa, suasana islamik seperti pelaksanaan undang-undang Islam ini tidak akan mampu dilakukan oleh seorang imam surau. Juga tidak mampu ditegakkan oleh ibu-bapa di rumah, pengetua sekolah, ketua balai, dan semua orang kecik-kecik. Yang mampu melakukannya ialah mereka yang mempunyai kuasa yakni mereka yang memimpin.

Malangnya, pemimpin yang banyak jasa dalam pembangunan kebendaan ini tidak mahu melaksanakannya. Alasannya, Perlembagaan Persekutuan tidak selari dengan praktik perundangan Islam. Padahal Profesor Undang-undnag, Abdul Aziz Bari selalu menegaskan bahawa tidak ada masalah langsung jika hudud dilaksanakan tanpa perlu penggubalan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Ia Cuma berbalik kepada persoalan nak atau tidak sahaja. Dan pemimpin ini memilih tidak.

Bukan setakat menidakkan hudud. Terang-terangan mereka ini menghina aspek-aspek tertentu ajaran Islam:

“Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.” (kata Dr Mahathir Mohamad: 3 Mac 1994).

“Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” (Dr Mahathir Mohamad: 14 Julai 1992).

“Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” (Dr Mahathir Mohamad: 2 Mei 1992.

“Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.” (Dr Mahathir Mohamad: 1994).

“Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.” (Dr Mahathir Mohamad: 4 Ogos 1994).

“Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq.” (Dr Mahathir Mohamad: 3 Mac 1994, Nilam Puri).

“Apa erti negara Islam jika mundur.” (Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13 November 1999).

“Tujuan menutup aurat ialah kerana pada zaman Nabi, Arab Jahiliah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat.” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO, pita rakaman).

“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam.” (Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 14 Ogos 1994, pita rakaman).

“Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.” (Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak: 20 April 1993).

Perlukah kita biarkan pemimpin yang berkata demikian untuk memimpin kita? Dengan suasana masyarakat Melayu yang semakin parah dengan masalah akhlak dan zina, adakah kita tidak mengambil ikhtibar dengan kegagalan mereka ini?
 

1 comments

  1. matdakwah // November 13, 2010 at 6:15 PM  

    Satu koleksi "Kata-kata Menghina Islam" yang baik dan padat.Sudah sampai masanya,artikel ini dibukukan dalam buku kecil,dicitak 1-2 juta dan edarkan kepada ahli-ahli UMNO dikampung agar mereka kenal siapa pemimpin mereka.Tak perlu citak dengan kertas berkualiti,sudah memadai dengan kertas biasa,pasti harganya tak begitu mahal.Sepatutnya parti PAS sahut cabaran ni,konon parti Islam.Ini cara berdakwah yang berkesan dan menyeluruh.Ustaz Idris,Ketua Penerangan PAS Pusat,apa macam? Boleh buat?