http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Katak boleh, Kroni pun boleh.

Posted by Love Perak | Friday, November 26, 2010 | 1 comments »

Oleh : Kerajaan Rakyat

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai pejuang anti rasuah nombor 1 telah mula beralih angin sebagai pelindung kepada amalan rasuah Umno dan Barisan Nasional pula.

Mat Ezam, tolong baca ni:


(Dari FMT)
"Pegangan dan pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai DEB (Dasar Ekonomi Baru) sememangnya jelas dan jitu di mana beliau tidak persoalkan tujuan DEB.
"Cuma yang dipersoalkan ialah pelaksanaan dan penyelewengan DEB untuk keuntungan golongan kecil bergelar kroni. Mungkin DEB  mesti ditukarkan namanya kepada DEK, iaitu Dasar Ekonomi Kroni?"
Demikian menurut ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di dalam blognya bagi menjawab kenyataan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor yang mendakwa Anwar memaksa beliau menghina DEB dan perosak perpaduan negara.
Nurul Izzah turut menegaskan Anwar telah mengupas dengan teliti bagaimana penyelewengan perlaksanaan DEB dilakukan hingga telah menjejaskan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
"Anwar telah mengupas dengan teliti bahawa penyelewengan pelaksanaan DEB untuk keuntungan kroni telah merugikan rakyat apabila negara menghadapi kehilangan keyakinan dunia dengan kemerosotan FDI yang parah.
"Pembaziran melalui projek mega, pemberian komisyen tinggi untuk pembelian oleh kerajaan, kenaikan kos sara hidup yang tinggi, kejatuhan pendapatan rakyat, penghijrahan tenaga profesional ke luar negara dan tahap hutang negara yang membimbangkan, kesemuanya telah melemahkan daya saing negara dengan tenatnya.
"Pendekatan Anwar Ibrahim telah terbukti kebenarannya apabila kerajaan di dalam Model Baru Ekonomi telah menyatakan akan melaksanakan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan dan bukan perkauman seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini," ujarnya lagi.
Beliau turut menjelaskan kejayaan Anwar menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) adalah bukti jelas Anwar bukanlah perosak perpaduan seperti yang didakwa oleh Ezam.
"Perihal perpaduan negara, Anwar merupakan  pemimpin yang telah melahirkan sebuah parti politik berbilang bangsa dan  dikembangkan kepada Pakatan Rakyat yang komited kepada falsafah ‘Ketuanan Rakyat’ berbanding dengan falsafah BN yang berpegang kepada ‘Ketuanan Umno’.
"Mengenai bahaya salah guna kuasa, rakyat dapat melihat dan menjadi saksi bagaimana institusi kehakiman dipergunakan untuk meneruskan tuduhan fitnah dan palsu kes liwat kali kedua terhadap Anwar.
"Proses siasatan dan bahan bukti yang tidak mengikut piawaian asas keadilan hanya menambahkan kehilangan kepercayaan bukan sahaja rakyat tetapi seluruh dunia terhadap kerajaan cukup mengaibkan," katanya.
Beliau turut merasa kehairanan apabila Ezam yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai pejuang rasuah nombor 1 telah mula beralih angin sebagai pelindung kepada amalan rasuah Umno dan Barisan Nasional pula.

1 comments

  1. Anonymous // November 27, 2010 at 2:04 AM  

    Salam Reformasi,

    memohon Tuan linkkan blog kami yang baru dlm perjuangan untuk mendapatkan sedikit pembaca, bersama tumbangkan BN.

    http://harapan-terbaru.blogspot.com/