http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

142 Lagi Lokasi Wi-Fi Percuma di Selangor

Posted by Love Perak | Wednesday, November 17, 2010 | 0 comments »

Xavier Jayakumar
 Sebanyak 142 lokasi dikenal pasti lagi untuk Kerajaan Negeri memperluaskan kemudahan wi-fi di seluruh Negeri Selangor dalam usaha merakyatkan informasi dan akses kepada maklumat serta melahirkan rakyat yang celik IT.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar yang mewakili Exco Kebajikan,Hal Ehwal Wanita,Sains Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail hari ini memberitahu,projek ini dirancang akan bermula pada tahun 2011 dan dijangka selesai pada 2015.

“Ianya akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut pecahan kawasan Pihak Berkuasa tempatan (PBT)” jelasnya pada Sidang Dewan Undangan Negeri pagi tadi.

Terdahulu menyaksikan 8 buah lokasi terpilih untuk mendapat kemudahan wi-fi percuma dari kerajaan bawah pimpinan pakatan rakyat ini yang hanya membabitkan kos minimum meliputi semua tempat terpilih sebanyak RM10 juta.

Antara lokasi baru yang dikenalpasti ialah:

Kompleks PKNS (Tasik Shah Alam)
Dataran Shah Alam
Seksyen 2 (Medan Selera Prima 2)
Seksyen 3 (Kompleks MAIS,SK Raja Muda)
Seksyen 9 (Oasis)
Dataran kuala Kubu Bharu
Pekan Kuala Kubu Bharu
Medan selera Batang Kali

0 comments

There was an error in this gadget