http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Oh! Rosmah binti Mansor, ke mana kau menghilang?

Posted by Love Perak | Monday, November 15, 2010 | 0 comments »

Rambut tu tetap dia nak tunjuk

Pada 2009 Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan) telah tersenarai sebagai “500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” dalam buku 'The Most Influential Muslims 2009' yang diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Tahun 2010 saya harapkan  Rosmah binti Mansor, yang mendakwa dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia dan suami, Najib Razak yang menafikan dakwaan dirinya terlibat dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya akan tersenarai, tetapi harapan saya hampa. 

Saya ingin mencadangkan kepada jutawan-jutawan ini untuk menyediakan satu senarai "500 Pemimpin Paling Haramjadah di Dunia", mungkin nama Rosmah binti Mansor akan menduduki tempat pertama diikuti dengan Najib bin Razak, Adnan bin Mansor, Mohd Khir bin Toyo dan hampir semua menteri kebinet Umno/BN. 

Tahun 2010, bukan hanya Anwar bin Ibrahim dan TG Nik Aziz yang tersenarai tetapi;


KUALA LUMPUR 13 NOV : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.

"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 13 ini.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.

"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010.

Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

0 comments

There was an error in this gadget