http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

UMNO Memang Muka Tak Malu!

Posted by Love Perak | Tuesday, November 16, 2010 | 1 comments »

PKR menolak dakwaan bahawa parti itu membebankan PAS dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya menyifatkan Umno sebagai “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong” apabila terus-menerus mengajak parti Islam itu agar bersamanya dalam Barisan Nasional (BN).
Menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail tindakan Umno itu jelas menunjukkan mereka terdesak kerana sudah mula kehilangan kepercayaan rakyat, yang kini lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.
“PAS sudah tutup kerjasama dengan Umno, tapi Umno secara terang masih lagi ajak PAS untuk menyertai BN.

“Umno macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. PAS sudah lama menutup kerjasama perpaduan antara Umno dan PAS.
“Ini jelas menunjukkan betapa terdesaknya Umno untuk mendapatkan sokongan PAS. Lagipun kepimpinan PAS telah bersepakat untuk tutup isu kerjasama perpaduan dengan Umno,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini petang ini.
Malah, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kerjasama antara semua parti komponen Pakatan Rakyat begitu kuat kerana masing-masing berpegang pada prinsip yang sama.
“PAS dah tolak, Umno masih lagi nak minang PAS, jadi saya minta supaya Umno tidak lagi mengajak PAS untuk menyertai BN.
“Sekarang terbukti PAS lebih baik bersama Pakatan Rakyat, kerjasama PAS, PKR dan DAP berpegang kepada prinsip.
“Kerjasama yang berterusan ini kuat dan kita akan sentiasa berusaha untuk memperkukuhkannya,” katanya.
Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan terus mengajak PAS agar bersama parti teras BN itu daripada hanya bercita-cita mahu menggantikannya atau memintanya supaya berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum ke-13.
Malah Umno juga mendakwa kedudukan PAS akan lebih baik jika komponen Pakatan Rakyat itu bersama BN daripada terus berganding dengan PKR dan DAP.
“PKR dan DAP itu hanya membebankan PAS.
“PAS akan lebih baik bersama Umno-BN bukan bersama PKR dan DAP yang tidak sehaluan dengan PAS,” kata Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kelmarin Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno perlu bersikap terbuka dalam menerima kekalahan dalam pilihan raya, bukan dengan berusaha mencari taktik untuk menang dan bertindak macam di Perak tahun lalu.
“Saya minta Umno undur diri secara terhormat sekiranya kalah, mengaku kalah sahaja. Jangan nak cari jalan menang. Macam di Perak dulu, sudah kalah terima sahajalah, begitu juga dengan undi Orang Asli.
“Parti yang memerintah kalau menghadapi masalah kenalah berundur, beri peluang kepada kita untuk memerintah.
“Kita tahu Umno ada masalah tapi masih cuba nak tutup tapi akhirnya akan terdedah juga,” kata beliau.
Saifuddin juga menyokong tindakan PAS yang menggunakan strategi “PAS Sedia Ganti Umno” kerana berpendapat parti Islam itu layak untuk bersaing seterusnya menggantikan Umno sebagai sebuah parti Melayu.
“Ini adalah strategi terbaru yang digunakan PAS, sebagai sebuah parti Melayu dan Islam PAS boleh menggantikan Umno yang juga parti memperjuangkan orang Melayu.
“Justeru saya melihat dalam landskap politik sekarang, PAS boleh menggantikan Umno,” katanya.

1 comments

  1. MIBU BULAN. // November 16, 2010 at 8:55 PM  

    Aku nak komen sikit.....
    Pasal apa pulak UMNO ni.... Sedihla aku tengok.... Merayu rayulah kat parti PAS suruh sertai BN... betui betui muka tak malu.... Depa tak ingatke apa yang depa buat kat PAS......
    1. Rampas Kuasa Kat Perak....
    2. Dulu Safie Abdal kata Parti PAS parti sesat....
    3. Depa kata kat Tuan Guru Nik Aziz macam macam....
    Aku cadangakan lagunila.... Demi Perpaduan Melayu dan Islam elokla puak puak UMNOni masuk PAS..... Ada orang kata.....Bila umur kita dah lanjut.... lebih 50 tahun.... banyak banyaklah bertaubat, beramal soleh, tinggalkan yang haram haramtu.... pasai apa KUBUR tengah dok lambai lambaini....