http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Apa Hal Dr Asri ni?

Posted by Love Perak | Friday, November 05, 2010 | 1 comments »

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Seorang lagi pemimpin senior Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan mempertikaikan motif beliau menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada politik.

“Persoalannya sekarang, kenapa beliau diminta berundur,” kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Dr Muhammad Nur Manuty dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, Asri (gambar) sepatutnya menasihatkan kepemimpinan Umno BN yang memerintah kerajaan persekutuan terlebih dahulu.

Ini kerana kata Muhammad Nur Manuty, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak berupaya mengangkat martabat rakyat serta menangani kemiskinan tegar rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan turut dianggapnya gagal menangani masalah rasuah yang semakin membarah, gejala sosial, belanjawan negara yang defisit - yang umumnya menjejaskan imej negara di mata dunia serta tidak menarik minat pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

Asri juga menjadi sasaran kecaman pemimpin-pemimpin PKR muda kelmarin dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang bukan realistik dan menegaskan kepimpinan Anwar masih diperlukan.

Mereka juga mendakwa kenyataan itu bertujuan melindungi ‘nyawa politik’ dinosaur-dinosaur Umno-BN.

Bagaimanapun respons Asri kelmarin menegaskan bahawa beliau turut mengaku bahawa beliau pernah menasihatkan ‘dinosaur politik’ dalam Umno supaya bersara daripada ‘politik’.

“Pandangan saya yang tajam dan terbuka kepada Umno (dan) BN itu sebenarnya lebih banyak, saya pernah minta dinosaur politik dalam Umno supaya bersara awal untuk memberi laluan kepada muka-muka baru,” kata Asri dalam kenyataan balasnya itu.

Nasihat Asri turut dianggap seakan menafikan aspirasi rakyat, iaitu Anwar merupakan pemimpin de facto bagi Pakatan Rakyat yang mampu menggantikan Umno BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Namun menurut Asri sendiri, konotasi ‘bersara’ yang ditujukan kepada Anwar bukan bermakna mahu Anwar wajar meninggalkan perjuangan rakyat serta Pakatan Rakyat sepenuhnya.

Beliau turut menafikan dakwaan umum bahawa nasihatnya kepada Anwar ekoran Anwar disabitkan meliwat bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang.

Tuntas dari tindakan Asri itu, Muhammad Nur menyuarakan rasa bimbang bahawa rakyat akan menolak ketokohan Asri kelak.

“Seruan Dr Asri pada hakikatnya adalah manifestasi suara ketakutan pimpinan negara terhadap fenomena kebangkitan rakyat,” kata beliau.

“Sebagai seorang ilmuan Muslim sewajarnya beliau patut lebih berhati-hati dalam memberi pandangan supaya tidak menjejaskan kredibiliti dan kewibawaannya sehingga menyebabkan audien hilang hormat,” tambah beliau.

Menurut Muhammad Nur, pendirian Asri menerusi artikel blog bertajuk “Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru” tidak sedikitpun memeranjatkan dirinya.

“Serangan-serangan peribadi pelbagai bentuk dan pendekatan terhadap DSAI bukanlah sesuatu yang memeranjatkan,” ujar Muhammad Nur.

Muhammad Nur juga menambah, Asri bertindak demikian seakan bertujuan untuk mempertahan status quonya sebagai pensyarah USM.

“Mereka yang mahu mempertahankan status quo akan menggunakan pelbagai kaedah tidak bermoral semata-mata mahu menjejaskan kredibiliti beliau,” ujarnya.

Malah kenyataan Asri itu, menurut beliau, mungkin disebabkan umum melihat keupayaan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR mampu membawa perubahan di tanah air.

“Hal ini berlaku kerana beliau (Anwar) dilihat sebagai pemimpin yang berupaya membawa perubahan ke atas sistem pemerintahan negara.

“Adalah jelas bahawa Datuk Seri Anwar mempunyai kewibawaan dan keupayaan membina muafakat politik nasional dengan pewujudan gagasan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan yang dilihat semakin hilang relavansinya dalam realiti politik negara masa kini,” ujarnya lagi.

Muhammad Nur juga berkata kayu ukur yang digunakan oleh Asri sebenarnya turut boleh dipertikaikan.

Katanya, keberkesanan kepemimpinan seseorang itu tidak boleh diukur dari segi usia semata-mata.

“Hakikatnya kepemimpinan itu hendaklah dilihat dari segi karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal,” ujarnya.

Perwatakan Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat, menurut Muhammad Nur, menyebabkan Anwar diiktiraf dan dihormati oleh kawan mahupun lawan di dalam dan luar negara.

Tambahnya lagi, Anwar wajar terus memimpin Pakatan Rakyat kerana kepemimpinan Anwar sejak zaman beliau lagi terserlah komitmed memperjuangkan hak rakyat. - TheMalaysianInsider

1 comments

  1. MIBU BULAN. // November 5, 2010 at 4:33 PM  

    Selamat Sejahtera......
    Aku terpanggil pulak nak bagi ulasan Sikit......
    bagi akulah tak perlulah profesor mencampuri urusan Politik pulak.... Kan elok tegorlah para para mufti secara berhemah supaya bersuara berkaitan isu isu penyelewengan,budaya korap, Rasuah, tidak amanah, gejala, sosial yang melanda islam.... Bagi cadangan dekat mereka supaya mengambil tindakan proaktif bagi menangani permasaalahan ini secara total.... Kalau kita bijak tentang agama kita bercakaplah berkaitan dengan agama..... biarkan orang yang arif tentang politik menguruskan bahagian Politik..... entahle pulak kalau profesor ini berminat dengan parti UMNO tak taule pulak.....