http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Singh Pun Faham Institusi Masjid !!

Posted by Love Perak | Friday, November 19, 2010 | 1 comments »


"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," - Hakim Jagjit Singh  
Laporan Penuh Malaysiakini;
Demo 'haram': 2 MP, 15 lagi dibebas

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).


Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.

Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.

1 comments

  1. tungkaran hati.blogspot // November 19, 2010 at 11:09 PM  

    Tahniah Tian Chua, N Gobalakrishnan, Mohamad Sabu dan Hakim Jagjit Singh.....??????