http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Wakil Rakyat Jenis Apa Cakap Macamni?

Posted by Love Perak | Wednesday, November 24, 2010 | 1 comments »

Datuk Mohamad Aziz

Antara kunci kebahagian rumah tangga ialah beras, keras dan waras, demikian menurut Ahli Parlimen Seri Gading,  Datuk Mohamad Aziz di parlimen hari ini.
"Padi yang akhirnya menjadi beras, yang akhirnya jadi nasi, yang akhirnya mengenyangkan kita dan yang akhirnya rumahtangga menjadi aman.
Sebab itu antara kunci kebahagian rumah tangga ialah beras, keras dan waras," kata beliau dengan disambut riuh dengan gelak ketawa Ahli Parlimen lain.
Apabila beliau menyedari kemungkinan kenyataannya telah disalah tafsir, beliau menjelaskan keras yang dimaksudkan ialah sihat dari segi kesihatan fizikal.
"Keras maknanya sihat. Saya tak ada (maksud) lain.  Kalau ada yang maksud kelain tu, di luar kemampuan sayalah," ujar beliau sama turut tertawa.

1 comments

  1. Mohamadazhan hjDesa // November 24, 2010 at 2:07 PM  

    wakil rakyat boduuihh.haha. anak bini dia dpt yang tu ja kot.

There was an error in this gadget