http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Matlamat Umno hanya penjarakan Anwar Ibrahim sebelum PRU13

Posted by Love Perak | Wednesday, November 24, 2010 | 0 comments »

Oleh : Sofi Yassin Kerajaan Rakyat
 
Walaupun setelah berbagai helah, khianat, dusta dan penindasan dilakukan oleh pemerintah haram regim zalim Umno/BN terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, malangnya mereka masih gagal menyekat sokongan rakyat marhean terhadap pemimpin PKR yang berjuang mengangkat martabat serta maruah negara itu.

Pemimpin regim zalim Umno/BN jelas tewas dalam membalas hujah politik baik di dalam Parlimen maupun di khalayak ramai apabila berdepan dengan tokoh pemimpin yang juga pemikir Islam, sdra Anwar Ibrahim.


Justeru perasaan dendam, dengki, khianat dan gelojoh yang membusong dalam diri hampir kesemua pemimpin Umno/BN, mereka sekali lagi merangka agenda jijik untuk memencilkan pengaruh Anwar Ibrahim.

Umno/BN benar-benar merasai kebangkitan rakyat menolak regim zalim mereka. Setelah percubaan mereka membodohkan rakyat dengan pendakwaan fitnah liwat semakin jelas tidak diterima oleh rakyat, Umno cuba menyekat kebebasan Anwar untuk ke luar negara.

Adalah amat tidak mustahil, beberapa agenda dan muslihat jahat akan terus dilakukan oleh regim haram Umno/BN semata-mata bagi memastikan pengaruh Anwar Ibrahim disekat. Matlamat akhir Umno adalah memenjarakan Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum ke 13!

0 comments

There was an error in this gadget