http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Lain Kali Biarlah Mati Dulu Baru Lapor!

Posted by Love Perak | Saturday, November 20, 2010 | 0 comments »


Lagi kali biar yang disiasat tu mati dulu baru media boleh lapor! Selagi yang disiasat belum mati kena belasah atau mati dihumban dari tingkat 14, media tidak boleh lapor apa-apa berkaitan tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .
Abu Kassim Mohamed
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerjasama pihak media supaya tidak menyiarkan berita mengenai siasatan kes yang sedang dijalankan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed berkata pada masa ini terdapat banyak media berita yang melapor dan memaparkan siasatan yang sedang dijalankan SPRM.

"Saya memahami kehendak para media dalam perkara ini tetapi walau bagaimanapun saya berharap pihak media juga memahami kerja SPRM.
"Ini adalah kerana kejayaan kita menyiasat sesuatu kes bergantung kepada kerahsiaan yang mana kita boleh mendapat keterangan-keterangan yang baik apabila tindak tanduk kita tidak diketahui umum."
Rahsianya yang disiasat kena belasah!
"Jadi hebahan kepada siasatan bagi saya tidak wajar dan tidak tepat masanya…malah yang disiasat pun belum tentu kita tahu apa yang akan terjadi ke atas "mereka".
Memang yang disiasat belum tentu tahu samada dia akan dibelasah atau terus dibunuh!
"Ia bergantung kepada keterangan yang diberi," katanya kepada pemberita selepas menandatangani MOA (Memorandum Persetujuan) Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. - Bernama

0 comments