http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Saya Sedia Undur - Anwar

Posted by Love Perak | Tuesday, November 09, 2010 | 2 comments »

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap bidasan terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesanya supaya berundur sebagai ketua umum PKR mungkin ada kaitan dengan 'kempen bersepadu' untuk mencemarkan nama baiknya sebagai ketua pembangkang.

azlan"Itu pendapat peribadinya (Zaid). Jika ada konsensus daripada kepimpinan yang saya harus berundur saya akan patuhinya tetapi saya tidak pernah mendengar perkara seumpama itu,” kata Anwar apabila diminta mengulas bidasan Zaid pada sidang medianya hari ini.

Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, petang ini, Anwar berkata beliau tidak akan melayan lagi karenah Zaid yang dalam kemarahan ketika ini.

Beliau juga mempersoalkan kesangsian masa yang digunakan untuk menyerang dirinya dan naib presiden PKR Azmin Ali.

"Seperti yang diketahui terdapat kempen bersepadu di Utusan (Malaysia) menggunakan bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainal Abidin dan lidah pengarang akhbar itu tuntut saya letak jawatan.

azlan"Saya tidak tahu ini sebahagian daripada kempen itu. Saya tidak tahu tetapi memang ada usaha bersepadu untuk singkirkan Anwar.”

Katanya, jika ada desakan daripada Pakatan Rakyat menuntut beliau mengundurkan diri, beliau mungkin mempertimbangkannya.

Namun, Anwar berkata beliau tidak akan melayan serangan daripada luar parti dan mereka yang tidak dapat menerima kekalahan.

Utusan baru-baru ini menyiarkan artikel yang memetik Mohd Asri menggesa Anwar dan semua pemimpin “dinosaur” PKR supaya meninggalkan gelanggang politik.

Semalam, Zaid membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti.        

2 comments

  1. batubara // November 9, 2010 at 8:35 PM  

    bro anwar yg dihormati.........

    jangan berundur........jangan berundur....jangan berundur........

    biarkan zaid ngan asri terjun dgn labu-labunya.......

    depa bukan boleh tengok bro senang ke susah ke payah ke.......depa tak ada vision sebenaqnya....

    awat?? depa ada alternatif ke ??.....nak ganti sendiri kot??

    depa nie bukan ada 'class....cuma cari popolariti......tapi tak 'reti'......

    bro, dah teruji dengan pelbagai mehnah dan fitnah........kalau depa kena mcm bro kena....dah lama depa lunyai.......pagaq jarang pun depa tak pernah merasa lagi.....lebam mata pun dak lagi.......usung tilam pun dak lagi........
    depa masih sedap bertilam 'empuk' diulit mimpi nak 'potong' jalan laa tu........

    rupanya depa belum sedaq kediri lagi.......

    selamat terus 'memimpin' bro...
    kami di belakang sentiasa membantu.....
    jangan dengaq cakap 'hantu-hantu' belaan ubn dan grombolan.......

    selamat berjuang bro.........

  2. Anonymous // November 11, 2010 at 8:32 AM  

    Tak perlu undur. Lawan tetap lawan. Orang yang dijemput masuk rumah nak halau tuanpunya rumah pulak. Sungguh ganjil atau memang rancangan BN hantar kuda2 trojan mereka. Nak singkirkan Anwar dari rumahnya sendiri. Kalau rancangan ini tak jadi, mungkin mereka akan terdesak untuk meneruskan rancangan mereka memenjarakan Anwar melalai kes liwat pula. Pasal itu lah saya akan tetap sokong Anwar.