http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

16 Disember Pulak Dah... Aku Ingat Dah Berambus Dah...

Posted by Love Perak | Friday, November 19, 2010 | 1 comments »

Zaid umum keluar PKR berkuat kuasa 16 Disember

Datuk Zaid Ibrahim sebentar tadi mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa 16 Disember ini selepas hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan demikian pada sidang akhbar di sini, pagi ini. Katanya, surat pemakluman mengenai pengundurannya itu dihantar kepada ibu pejabat PKR hari ini.
Minggu lalu, Zaid memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat - yang julung kali diadakan menggunakan kaedah langsung.

Beliau juga mengundur diri daripada semua jawatannya dalam parti itu.- BH

1 comments

  1. MIBU BULAN. // November 19, 2010 at 3:52 PM  

    Selamat Sejahtera.....
    Kesiankah kita kat Datuk Zaid.....
    Media Perdana, letronik, Blog, Face book, jadikan Datuk Zaid macam "BARANGAN" murahan pada Papan Iklan bagi menghentam PKR.... Siapalah Zaid sabenarnya " Berperinsifke dia.... Sudahlah kalah dengan PAS Piliraya ke 12.... diambil oleh Pak Lah jadi Menteri.... letak jawatan masuk pulak PKR.... Bila tahu akan kalah pemilihan dengan AZMIN buat cerita macam macam.....Tiada siapa yang ajak masuk PKR, kalau nak keluar, tak perlu lagi cari publisiti murahan.... berambusjele.... Aku dah meluat hari hari cerita pasal dia dimedia cetak dan dimedia letronik pengampu.... Bagi aku tidak ada apa apapun " cetusan rasa " sama dia ada atau tidak dalam kepimpinan Politik atau Negara....