http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Selesaikanlah Sengketa Sesama Kita Dalam PKR

Posted by Love Perak | Saturday, November 27, 2010 | 2 comments »

Timbalan ketua Pemuda PKR (AMK) sesi lalu Fariz Musa berharap kepimpinan baru sayap kanan parti itu tidak mengetepikan calon ketuanya Badrul Hisham Shaharin setelah mendapat mandat baru dalam sesi kali ini.

"Saya minta kawan-kawan kita daripada (kem) Badrul, saya syor Badrul diundang dalam AMK dan diberikan kedudukan baik supaya kedua gabungan tenaga ini berada dalam AMK.

"Kita mesti bekerja kerana fokus utama selepas ini untuk kita tawan Putrajaya," katanya ketika berucap kali terakhir kongres sayap itu di Petaling Jaya hari ini.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan penggulangannnya, Fariz yang tidak mempertahankan kerusinya kerana 'lebih umur' malah berkata, beliau merayu perkara itu dengan nama Allah.

"Tolong hentikan, saya merayu dengan nama Allah, saya rayu dan harap hentikan sengketa (sesama kita). Selesaikanlah," katanya.

Nada yang hampir sama disuarakan oleh naib ketuanya sesi lalu Amiruddin Shari yang tidak mempertahankan jawatannya ekoran regunya Rafizi Ramli tidak meneruskan hasrat bertanding sebelum ini.

"Yang sudah, sudahlah. Yang lepas, lepaslah. Yang menang, menanglah. Yang tewas-tewaslah.

"Yang pasti selepas ini kita harus beri keadilan dan bebeasan pada rakyat," katanya sambil menegaskan cabaran besarnya untuk mendepani 4.6 juta pengundi baru.

2 comments

  1. banzora // November 28, 2010 at 1:34 AM  

    Aku setuju dengan Fariz Musa, tersangatlah setuju dengan kenyataan beliau, inilah ciri-ciri pemimpin yang mengutamakan perjuangan parti berbanding perjuangan peribadi.

    Jika merujuk kepada ucapan dasar Presiden.

    Mungkin inilah hikmahnya kak wan terus kekal sebagai Presiden, aku tertarik dengan ucapan dasar yang kak wan kemukakan, hujah yang agak mantap. Sambil berhujah sambil berdakwah, selitan dakwah Kak Wan memang penuh ayat-ayat tersirat dan tersurat.

    Alhamdulillah KEADILAN masih bertahan walaupun diserang kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, dalam dan luar. Aku tak dapat nafikan, kini keadilan dibarisi oleh gandingan Naib Presiden yang mantap iaitu Nurul Izzah, Fuziah Salleh dan Tian Chua.

    Aku harap ada satu perubahan drastik akan berlaku. Cuma aku agak kecewa dengan kekalahan CheGuBard tetapi aku hara CheguBard tidak kecewa, aku yakin CheGuBard masing kurang mendapat sokongan dikalangan AMK sendiri.

    Senario ini kita boleh lihat sendiri ketika pencalonan dimana masih dikuasai oleh SAM. Aku harap CheGuBard akan terus turun padang untuk mendamping anak-anak Malaysia. Aku akui CheGuBard memang agak famous dikalangan anak muda “siber dan marhean yang celik politik” tapi beliau masih kurang “famous” dikalangan anak muda AMK.

    Ini kerana beliau tidak terlibat dalam gerak kerja AMK secara rasmi pada sesi sebelum ini. Beliau lebih fokus terhadap SAMM dan posisi MPP Keadilan. Aku harap CheGuBard akan terus konsisten untuk berdambingan dengan AMK walaupun telah tewas dalam perebutan Ketua AMK.

    Pola pengundian telah menunjukkan kemenangan nipis buat SAM. Ini menunjukkan pola penolakan terhadap SAM semakin meningkat dan dalam masa yang sama pola pengundian terhadap CheGuBard semakin meningkat. SAM perlu berkerja keras untuk meningkatkan semula sokongan terhadap beliau begitu juga CheGuBard.

    Sepertimana yang selalu diwar-warkan, sebelum pemilihan kita masing2 berlawan hujah untuk memenangkan diri sendiri, kemudian setelah habis pemilihan kembalilah bersatu sebagai satu pasukan. Aku harap CheGuBard akan menjadi sebahagian daripada “team penggerak AMK” dan aku harap juga HafiziRamli dan Hasmi Hashim dijemput untuk mengisi ruang-ruang yang ada dalam AMK.

    Kombinasi CheGuBard, Hafizi Ramli, Hasmi Hashim dan SAM insya Allah pasti akan memunculkan semula era reformasi versi kedua. Semoga calon yang tewas berlapang dada, semoga calon yang menang meraikan calon yang tewas. Kembalilah sebagai satu “pasukan”.

    Tetapi sekiranya CheGuBard diketepikan dalam AMK. Aku cadangkan CheGuBard dilantik sebagai Naib Presiden Lantikan sebagai tanda pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam KEADILAN. Aku tak nampak calon lain yang lebih layak untuk mengisi kekosongan tersebut melainkan CheGuBard dan Gobalakrishnan.

  2. banzora // November 28, 2010 at 2:39 AM  

    Punca tewasnya CheGuBard

    1. Membariskan pasukan yang kurang mantap. Sebagai contoh Yunus Jamhari, V.Sivam dan Nicholas. Calon-calon dalam pasukan CheGuBard adalah kurang terkenal dan terlalu bertenggek atas nama CheGuBard tanpa mempamerkan kekuatan masing-masing secara maksima.

    2. CheGuBard kurang mendampingan dengan "Golongan Pengundi AMK", sedangkan CheGuBard wajar tahu, mereka lah golongan yang mengundi CheGuBard. Mungkin disebabkan cheGuBard terlalu fokus untuk SAMM dan tugas sebagai MPP serta Cabang Rembau.

    3. CheGuBard gagal untuk mendapatkan sokongan pengundi Wanita Muda, sewajarnya CheGuBard membariskan seorang wakil wanita MUDA dalam CALON NAIB KETUA AMK.

    4. Punca mungkin disebabkan sifat "overconfident" dikalangan pengikut dan penyokong CheGuBard sendiri. Bila wujud "overconfident yang cheGuBard akan menang" menyebabkan pengundi CheGuBard ramai yang tidak keluar mengundi. Manakala pengundi SAM yang risau "tewas" berduyun-duyun mengundi untuk memenangkan SAM. Akhirnya SAM menang berikutan keluarnya pengundinya secara beramai-ramai.

    5. Mungkin ini takdir yang wajar ditelan oleh CheGuBard sebagai pejuang. Anggaplah ini sebagai satu rahmat, teruskan perjuangan terus istiqomah, perbetulkan niat dan perkasakan strategi, insya Allah masa CheGuBard akan tiba.

    ---------------------------------

    SAYA MENCADANGKAN CHEGU BARD DILANTIK UNTUK MENGISI KERUSI NAIB PRESIDEN LANTIKAN BAGI MEMPERKASAKAN dan MEMPERKEMASKAN LAGI PARTI KEADILAN RAKYAT ATAS KAPASITI MEWAKILI SUARA dan ASPIRASI ANAK MUDA MALAYSIA