http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Najib Kata Dia Cipta 1Malaysia, Tak Berani di Parlimen!

Posted by Love Perak | Wednesday, December 22, 2010 | 1 comments »

Penafian konsep 1Malaysia tidak ciplak idea 1Israel tidak bermakna apa-apa selagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus mengelak dari mencabar kesahihan dokumen perjanjian Apco-Israel dan Apco-Malaysia di arena awam.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata keengganan Najib satu-lawan-satu dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hanya membuktikan bahawa ada kebenaran di sebalik dakwaan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau terluka dengan dakwaan yang mengatakan konsep 1Malaysia diciplak dari konsep One Israel.

Beliau mendakwa 1Malaysia dan slogan Rakyat Didahulukan adalah ciptaannya sendiri.

Najib bagaimanapun tidak menjelaskan kesamaan kempen antara dua konsep itu. Klinik 1Malaysia diperkenalkan sepertimana One Israel membawa mesej akses kesihatan menyeluruh, manakala slogan Rakyat Didahulukan secara kebetulannya sama dengan tema "People First" yang menjadi slogan One Israel.

"Dokumen yang dibawa Anwar menunjukkan bahawa Apco yang sama, orang yang sama yang mewujudkan 1Israel itu ialah orang yang berada dalam pentadbiran Apco itu sendiri, dan dibayar RM70 juta oleh Kerajaan Malaysia," kata Abdullah Sani.

Dua individu, Paul Stadlen, yang mengepalai Apco Kuala Lumpur memeterai perjanjian bersama Kerajaan Malaysia melalui syarikat berjenama tempatan, Mind Teams Sdn Bhd.

Antara pengarahnya adalah Margery Kraus yang mempunyai keterlibatan langsung dengan akaun Apco di Israel.

Perjanjian ini dimeterai Setiausaha Akhbar kepada Najib, Tengku Shariffudin Tengku Ahmad pada 14 Ogos 2009, sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan.

"Penafian RM70 juta, dokumen-dokumen penting, perjanjian dengan syarikat yang didominasi oleh Yahudi-Israel harus dibuktikan. kalau setakat menafikan, itu sekadar retorik," katanya.

Anwar mendakwa salah satu rakan niaga Apco adalah syarikat Asero Worldwide, yang dipimpin oleh Penasihat Apco, Major Jeneral Bersara Doron Bergerbest-Eilon.

Eilon adalah pegawai kanan Shin Bet, yang bertanggungjawab dalam pembunuhan pemimpin Hamas antaranya Nizar Rayan dan Said Siyam.

Nizar dibunuh di Gaza bersama-sama isteri dan 11 anaknya di rumah mereka dalam satu serangan jet pejuang Israel.

Al-Quran Darah Saddam

Posted by Love Perak | Wednesday, December 22, 2010 | 2 comments »

Sumber : Blog Serius


Ketika hayatnya Saddam Hussein gemar membina banyak masjid. Semua masjid yang dibina beliau besar-besar belaka. The only thing he likes building more than moques are his personal palaces where he seldom sleeps more than one night at a time. Saddam ada paranoia dia akan dibunuh oleh orang dalaman beliau sendiri maka dia pindah-pindah istana setiap hari. What a gangsta

Tapi yang paling gangsta tentang Saddam ialah senaskah Al Quran yang ditinta dari darah beliau sendiri. Ianya adalah hadiah kepada rakyat Iraq sempena hari jadi beliau ke 60 pada tahun 1997. Selama dua tahun Saddam akan mendermakan darah kepada seorang kaligrafer bernama Abbas Shakir Joody al-Baghdadi bagi menyiapkan Al Quran berdarah ini. Secara total 27 liter darah Saddam digunakan bagi menulis 650 muka surat.


Abbas Shakir Joody al-Baghdadi yang kini tinggal di Amerika setelah perang meletus menceritakan pengalaman beliau menjadi penulis Al Quran yang aneh ini

"Saya tak mahu mengingati apa yang telah saya lakukan. Sebenarnya ia sebuah pengalaman yang mememdihkan dan saya mahu lupakan saja apa yang belaku"

Abbas Shakir Joody al-Baghdadi tahu menulis ayat suci Al Quran dengan darah adalah haram. Tetapi beliau tak berani bersuara takut menjadi mangsa Saddam pula.


Al Quran ini kemudiannya diletakkan didalam sebuah bilik khas di sebuah masjid yang diberi nama Masjid Ibu Segala Pertempuran. Ianya dibina oleh Saddamn bagi memperingati "syuhada" Iraq yang mati bertempur dengan askar-askar "kafir" Iran. Masjid ini unik kerana 8 menaranya dibina supaya kelihatan seperti pelancar roket SCUD dan laras senapang AK-47! Crazy shit!


Selepas kejatuhan Saddam bilik yang menyimpan Al Quran darah dikunci ketat. Pihak penjanganya khuatir pembenci Saddam akan memusnahkannnya. Ketiga-tiga kunci pintu ke bilik simpanan Al Quran tersebut dipegang tiga orang berbeza. Kerajaan Iraq sekarang sedang memikirkan apa yang harus dilakukan keatas relic peninggalan Saddam Ini. Jika mahu dimusnahkan takut dilihat sebagai pemusnah Al Quran. Kalau dibiarkan kelak menjadi artifak bagi LOYALIST Saddam dan parti Ba'ath yang masih wujud pula. Serba salah!

Dr Asri Tampil Bela TG Nik Aziz

Posted by Love Perak | Tuesday, December 21, 2010 | | 2 comments »

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya amat kecewa apabila tokoh agama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, cuba dikaitkan dengan fahaman pluralisme semata-mata kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha.
"Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam," katanya dalam satu kenyataan, sambli menegaskan beliau bukan ahli PAS dan mana-mana parti politik.

Dr Juanda mengulas laporan media online yang memetik kenyataan beberapa pembentang kertas kerja di satu seminar semalam berkaitan isu pluralisme, termasuk mengingatkan pemimpin Islam termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menghadiri perayaan agama lain.


Salah seorang pembentang kertas kerja itu - bekas presiden ABIM, Dr Yusri Mohamad (kanan) mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah secara terbuka menyokong pluralisme dalam syarahannya di London School of Economic Mac lalu.

Dr Yusri dilaporkan mendakwa badan pemikir Anwar - Institut Kajian Dasar (IKD) yang diketuai oleh bekas setiausaha akhbarnya, Khalid Jaafar, juga telah menerbitkan buku-buku yang 'merbahaya' yang mempromosi persamaan agama.

Pensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga turut mengkritik Nik Aziz kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha di Kelantan.

Seorang lagi pembentang kertas kerja, felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady (kiri), juga senada dengan Dr Yusri apabila menggesa umat Islam menentang mereka yang mempromosikan persamaan agama.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata: "Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecop beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia.

"Budaya ala-Taliban ini amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati," tambahnya.

"Kita perlulah membezakan di antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme," tegasnya.

Tidak sepatutnya, tambah beliau, mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini.

"Dalam al-Quran, Surah al-Kafirun memberikan ruang memperakui hak penganut agama lain dalam mengamalkan kepercayaan mereka, manakala Surah al-Mumtahanah menyuruh orang Islam berbuat baik dengan penganut bukan Islam.

"Erti ruang toleransi dan saling menghormati hak sesama manusia untuk hidup secara harmoni itu diakui oleh Islam dan bukannya satu ciri penganut pluralisme," katanya.

Dr Juanda bertanya bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menerima rombongan penganut Kristian Najran di dalam masjid Nabawi?

"Bahkan baginda membenarkan mereka melakukan ibadat agama mereka di dalam masjid kedua paling suci itu.

"Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya?

"Bukankah Omar bin al-Khattab RA sewaktu membuka Palestin memberikan kebebasan dan penghormatan yang amat luar biasa kepada Patriach Kristian di sana dan mengunjungi Gereja Nativity?

"Apakah Nabi SAW dan Omar RA ini juga penganut pluralisme? Sudah tentu tidak! Dan dengan itu formula dan kaedah pihak yang gelojoh ini juga salah dan amat berniat jahat," katanya.

Dr Juanda berkata, beliau bimbang wujud kecenderungan beberapa pihak dari kalangan ahli akademik dan agamawan menggunakan isu akidah untuk tujuan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

"(Mereka) juga menggunakan isu akidah untuk menyesatkan dan memurtadkan orang politik yang tidak sebulu dengan mereka," katanya.

Hal ini, tegas beliau lagi, akan menjurus kepada pegangan yang amat melampau dan boleh mencetuskan kekecohan antara agama di Malaysia.

"Akibat sikap seperti ini, banyak pihak akan disesatkan dan dipertikaikan akidah mereka," tegasnya.

Juga, kata Dr Juanda, formula mereka yang melampau ini akan menimbulkan salah tafsiran terhadap sikap harmoni kerajaan Persekutuan kepada penganut berbilang agama di Malaysia.

"Apakah polisi kerajaan ini juga akan mereka sesatkan, termasuk para pemimpin yang terbabit?" soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam, terutama ahli akademik, agar bersikap jujur dan adil dalam memperkatakan soal Islam dan terutamanya dalam soal hubungan dengan agama lain.

"Semua pihak perlu berhati-hati terutama dalam menyatakan pandangan yang boleh membawa kepada permusuhan beragama dan berpolitik," tambahnya.

Dr Juanda berkata rujuklah kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam mengeluarkan pandangan Islam.

"Bukannya dengan emosi dan kecenderungan berpolitik bagi menimbulkan permusuhan di kalangan umat Islam dan permusuhan di antara umat Islam dengan bukan Islam.

"Islam tidak memerlukan mereka yang berpemikiran pelampau, kolot dan amat konservatif bagi membela agama suci ini," tegasnya.

Senatak Meroyan - Rasuah Tidak Boleh Dipolitikkan!

Posted by Love Perak | Monday, December 20, 2010 | 0 comments »

Oleh Fazy Sahir

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara Senator Mohamad Ezam Mohd Noor mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap tidak jujur dalam memperjuangkan isu rasuah malah ahli parlimen Permatang Pauh itu dikatakan bertindak dengan mempolitikkan isu tersebut.

Ezam yang ditemui ketika pelancaran bukunya yang bertajuk ‘Islam dan Persoalan Rasuah’ sebaliknya berkata isu rasuah ini merupakan isu negara dan masyarakat.

Malah perkara itu, katanya tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pemimpin politik.

"Sejarah negara kita ada orang politik dalam kerajaan tiada rasuah, keluar kerajaan kata ada rasuah. Perkara ini timbul kerana isu itu cuba dipolitikkan.

"Rasuah isu negara dan masyarakat sesiapa yang rasuah mesti dihukum. Saya tiada niat untuk merujuk mana-mana individu tetapi saya menggarap sedikit pengalaman dan memperlihatkan unsur oleh individu yang melawan rasuah tetapi tidak berjuang dengan jujur.

"Jadi rasuah tidak seharusnya jdi isu politik. Tapi ketua pembangkang dan beberapa pemimpin politik lain mempolitikkan perkara-perkara seperti isu ini," katanya yang juga bekas pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi Malaysia (Gerak).

Ezam berkata buku yang mendapat hasil kerjasama dengan penulis Indonesia, Sapto Waluyo itu bakal diterjemahkan dalam bahasa inggeris serta bahasa-bahasa utama dunia.
Majlis yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang turut dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu ketika ditanya mengenai tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang digantung dewan serta bersikap biadap ketika sesi dewan rakyat Khamis lalu, beliau berkata tindakan mereka disifatkan sebagai meraih publisiti murahan.
‘Perbuatan tidak bertamadun’

Ini menurut beliau, pihak pembangkang cuba mengalihkan isu utama berhubung pembohongan mereka dalam parlimen seperti Apco dan pendedahan laman web antarabangsa, Wikileads.

"Agenda mereka untuk menarik peminat dan publisiti seluruh dunia seupaya tidak timbul isu-isu utama seperti Apco yang diputarbelitkan dan pendedahan wikileads. Inilah isu utama yang perlu dijawab dan dibahaskan dengan tertib tapi mereka tenggelamkan dan peralatkan parlimen.

"Mereka bawa poster dan menggelar mahkamah kangaroo…sebenarnya mereka yang pegang poster itu merekalah kangaroonya.Perbuatan mereka tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab itu harus ditentang keras," katanya.

Pada 16 Disember lalu, dewan rakyat meluluskan usul untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Turut digantung Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan.

Karpal dan Sivarasa didakwa telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Azmin, pula, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) didakwa telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010.

RPK Dedah Salinan Laporan Mata Lebam Yang Disorok AG

Posted by Love Perak | Monday, December 20, 2010 | 0 comments »






















Portal www.malaysia-today.net hari ini mendedahkan salinan laporan pemeriksaan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah disorok dan tidak disertakan di dalam laporan Suruhanjaya Di Raja, 12 tahun lalu.
Di dalam laporan itu, Gani mempertikai dan mempersoalkan pendapat dan penemuan hasil pemeriksaan yang dibuat doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Abdul Rahman Yusof.
Pengendali laman tersebut yang juga blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK di dalam kolumnya berkata walaupun bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan ditendang keluar daripada jawatannya itu tetapi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang turut terlibat dalam memalsukan laporan tersebut, masih lagi berada di dalam pejabatnya.
"Beliau terlepas dari semua salah laku yang dilakukannya yang mana ketika ini isu tersebut menarik perhatian umum.
"Lihat bukti di mana Peguam Negara mengarahkan doktor untuk mereka-reka laporan perubatan untuk mengatakan bahawa kecederaan Anwar pada tahun 1998 adalah disebabkan beliau terjatuh atau pun menumbuk dirinya sendiri.
Laporan itu ujar RPK kemudiannya disembunyikan dan tidak ditunjukkan kepada Suruhanjaya Di Raja.
"Adakah ini jenis Peguam Negara yang kita mahukan," soal beliau.
Sebelum ini, bekas pegawai polis kanan Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang kedua mendakwa laporan Suruhanjaya Di Raja yang dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong telah dimanipulasi.
Beliau turut menegaskan Gani turut terlibat dalam menyorokkan dan memalsukan dokumen perubatan tersebut.
Sehingga kini, beliau belum lagi dipanggil oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi memberikan penjelasan berhubung pendedahan yang dibuat itu.
Isnin lalu, Putrajaya telah memutuskan untuk menutup isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998 “sama sekali” dengan mengetepikan dakwaan terbaru kononnya wujud unsur pemalsuan bukti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam jawapan itu, kerajaan mengambil pendirian mengetepikan dakwaan yang dibuat oleh bekas pegawai siasatan Mat Zain bahawa Abdul Gani telah memalsukan dokumen dalam kes itu — dakwaan yang dibuat menerusi dua surat terbuka.
Sebaliknya, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, tidak perlu bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan nama beliau dalam insiden itu.
Ini menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel dan hanya dipanggil sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan.- tvs

Israel Didahulukan APCO Diutamakan

Posted by Love Perak | Monday, December 20, 2010 | 0 comments »


antara logo-logo suci bagi orang yahudi yang di serap dalam malaysia

kementerian dalam negeri juga terlibat dalam menjalan gagasan apco di malaysia


latihan apco dalam kdn

apco yang berpusat di tel aviv,israel
bukti kenyataan apco yang nyata umno bn agen yahudi di malaysia

DAP akan pertahan Islam dalam Perlembagaan

Posted by Love Perak | Monday, December 20, 2010 | 1 comments »

KEPALA BATAS : Pengerusi DAP, YB. Karpal Singh menegaskan bahawa Pakatan adalah pakatan yang kuat.PAS adalah parti yang berdisplin di mana tidak ada yang undur, DAP ada, PKR pun ada . Penegasan itu diucapkan dalam ucapan penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau juga menegaskan Perlembagaan memutuskan Islam adalah agama resmi dan DAP akan mempertahankan itu sehabis-habisnya.

Menurutnya juga yang paling berrhak mempertahankannya ialah PAS.
Beliau juga menegaskan tidak ada sebab BN mengexploitasi isu ini. Kalau nak Isukan ia adalah hak "Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi" katanya.

Mungkin merujuk kepada muzakarah yang hanya boleh menyelesaikan polimik tentang negara Islam yang dipermainkan oleh UMNO.

"Kami akan menang besar. sesiapa yang salah guna kuasa, siapa yg bagi perlindungan kepada pimimpin BN selepas itu akan dituduh dalam mahkamah, dan kami tidak akan lepaskan mereka. Ini adalah merupakan amaran kepada Rosmah." katanya lagi sambil menerima tepukuan gemuruh dari semua yang hadir.

Ucapan karpal Singh pada hari ini nampaknya menyelesaikan polimik negara islam yang sering dipermainkan oleh pemimpin UMNO dan BN sebelum dari ini.

Kenyataan terbaru ini juga dilihat sebagai ucapan yang memperkuatkan dan mengukuhkan Pakatan Rakyat.

UMNO dan APCO Perlu Jelaskan!

Posted by Love Perak | Sunday, December 19, 2010 | 0 comments »

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan Apco Worldwide, syarikat perhubungan kontroversi yang diupah kerajaan Barisan Nasional yang menyebabkan penggantungan empat ahli parlimen termasuk dirinya yang menurutnya dibuat secara ‘tidak adil’.

"Kerana Apco, empat ahli parlimen telah digantung tanpa prosedur. Kita memerlukan penjelasan, bukan sahaja dari Umno tetapi juga dari Apco," katanya kepada wartawan pada hari ini.

Ahli parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR itu berkata jika Apco sebenarnya badan profesional sebagaimana yang didakwa, ia tidak boleh bersekongkol melakukan kesalahan yang dibuat oleh rejim Umno".
"Saya ingin tujukan ini khas kepada Apco. Anda mendakwa yang anda merupakan badan yang bebas, jadi mengapa melibatkan diri dalam politik Malaysia?

"Saya desak mereka (Apco) agar hentikan kempen politik. Bagaimana mereka boleh jadi syarikat berwibawa apabila mereka mempertahankan sistem korup dan tindakan kejam (kerajaan BN)?

"Apco patut turut bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi," kata Anwar.

Anwar bersama dengan MP Karpal Singh (Bukit Gelugor), R Sivarasa (Subang) dan Mohd Azmin Ali (Gombak) digantung semalam selama enam bulan dari Parlimen.

Penggantungan dibuat berikutan kenyataan Anwar dilihat sebagai ‘berbohong’.

Ketika perbahasan parlimen dalam bulan Mac tahun ini, Anwar mendakwa Apco terlibat dengan kempen One Israel Ehud Barak. 
 
Beliau turut mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa 1Malaysia berasal dari One Israel. Apco telah menafikan dakwaan ini.

Hipokrasi

Menurut Anwar, tujuan beliau mengungkitkan isu Apco ialah untuk mendedahkan hipokrasi Umno.

"Selama lebih sedekad, ketika pilihan raya, saya digambarkan sebagai pro-Yahudi, agen atau alat Yahudi, kerana mempunyai rakan Yahudi.

"Saya tiada masalah dengan itu kerana saya konsisten dalam menyatakan bahawa tak kira Yahudi atau Islam. Hindu atau Sikh, semua rakan saya. Saya memilih untuk bersetuju dan tidak bersetuju dengan mereka dalam isu tertentu.

"Saya mahu menunjukkan hipokrasi kerajaan BN. Mereka pergi ke perkampungan Islam dan mengutuk dengan dakwaan bahawa pro-Yahudi dan memalukan saya.

"Tapi mereka sendiri yang membuat perjanjian dengan syarikat yang saya buktikan mempunyai hubungan dengan Israel.

"Tambahan lagi syarikat ini juga mempunyai hubungan dengan mereka yang terlibat dengan Shin Bet Israel (jabatan pertahanan), perisikan Israel dan pasukan tentera Israel," katanya.

Walau bagaimanapun Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak menentang sesiapa yang mempunyai hubungan kerja dengan syarikat Yahudi.

"Saya tiada masalah dengan itu. Saya cuma mahu kontradiksi dan hipokrasi pemimpin Umno.

Anwar turut mendakwa Apco telah berbohong beberapa kali ketika menjawab. Beliau menambah Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan tidak sepatutnya mengambil kira kenyataan sebuah syarikat berdasarkan satu surat semata-mata.

Kes lepas

Anwar berkata bahawa beliau membuat tuduhan terhadap Apco berdasarkan bukti dokumen dan siasatan.
"Di dalam beberapa kenyataan Apco, mereka pada awalnya menafikan hubungan dengan Israel. Tapi kemudian mereka menarik balik kenyataan itu.

"Selepas itu terdapat surat baru yang cuba menerangkan bahawa kenyataan pertama dibuat kerana ia merupakan rakan niaga Asero Worldwide.

"Tapi hari ini saya kemukakan dokumen perjanjian di antara kerajaan Israel dan Apco."

Anwar berkata bahawa bukti di tangannya membuktikan kesnya dan kerajaan "tidak boleh berbohong" mengenai penglibatan Apco.

"Apa isunya? Mereka tiada isu sebenarnya, Saya tiada isu, Saya hanya mahu membuktikan bahawa Umno menuduh kita sebagai jahat kerana bekerja dengan Yahudi tetapi mereka sendiri bekerja dengan syarikat yang berkait rapat dengan Israel dan ia bukan urusan sembarangan," kata beliau.

Menjawab dakwaan bahawa beliau diberi masa yang lebih dari mencukupi untuk mempertahankan diri dari digantung, Anwar berkata bahawa beliau langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri.

Sementara itu, Karpal Singh berkata bahawa beliau serius untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan berharap dapat berjumpa Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia di sana.

"Tindakan terhadap Speaker akan difailkan secepat mungkin. Saya berharap untuk berjumpa Speaker di mahkamah.

"Saya hairan Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz) berkata bahawa keputusan di Dewan Rakyat tidak boleh dipertikai. Tapi ada kes lalu dalam kes Zambry dan Gobind Singh.
Keputusan Dewan Rakyat boleh dipertikaikan di mahkamah. Nazri menggelar saya peguam kelas ketiga… saya mungkin kelas ketiga tapi orang itu tiada kelas," katanya.

Tiada bidang kuasa

Karpal berkata adalah perkara asas untuk memberi peluang didengari. Beliau merujuk kepada kes Pakistan.
Beliau berkata hak sebegitu berasal dari undang-undang Islam yang diakui di dalam Al-Quran. Satu lagi isu, katanya, ialah usul yang diluluskan Parlimen untuk menggantung keempat-empat mereka semalam mengandungi perkataan "ditamatkan tugas sebagai ahli Parlimen."

"Saya tidak rasa Parlimen mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian. Kita hanya boleh digantung dari tugas di Dewan dan apa yang tertulis di sini melangkaui keadilan semulajadi. Kami akan pertikaikan perkara penggantungan dari tugas di mahkamah," katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata apa yang berlaku di Parlimen menyerupai watak dalam filem P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok.

"Ada watak yang digelar ketua dan ada ‘"sarjan pendek" yang menuruti arahan "ketua".

"Dia mempunyai dadu yang hanya ada nombor dua. Ia sama dengan apa yang berlaku semalam. Tidak kira apa yang kita kata, dia (Speaker) sudah pun buat keputusan.

"Semalam, dia buat keputusan spontan tanpa memanggil apa-apa untuk pembelaan. Dia juga tidak bahaskan perkara lain kerana "dadu nombor duanya" akan terdedah," katanya.

Mahfuz berkata ekoran penggantungan ini, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap Parlimen dan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

Beliau berkata bahawa beliau akan membawa isu ini dan Kesatuan Antara Parlimen dan Kesatuan Eropah./Marhaen

WAKTU UNTUK PR MENYERANG UMNO HABIS-HABISAN

Posted by Love Perak | Saturday, December 18, 2010 | 0 comments »

Oleh: WFAUZDIN NS

INILAH masa terbaik untuk PR menyerang balas Umno setelah PR diserang dai berbagai sudut. Penggantungan Ketua Pembangkang DS Anwar beserta beberapa MP dari PKR dan DAP dari Parlimen seharusnya digunakan untuk PR menyusun strategi mantap untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara memberi maklumat kepada rakyat tentang isu semasa.

Strategi hendaklah disusun secara bersepadu dan diadakan serentak ke seluruh negara. Sebenarnya terlalu banyak isu yang boleh kita terangkan kepada rakyat dan tunjukkan bukti kepada mereka bahawa Umno adalah sebuah parti yang hidup dengan menghisap darah rakyat termasuk darah orang-orang Melayu. Kepada kaum lain, buktikan juga bahawa Umno selama ini hanya mempergunakan MCA, Gerakan dan MIC hanya untuk kepentingan pemimpin mereka.

Penggantungan Ketua Pembangkang, DS Anwar beserta Timbalan Presiden PKR yang juga MP Gombak yang bersuara lantang di Parlimen selama ini membuktikan betapa Najib semakin gementar dengan PR. Pendedahan Wikileaks ternyata menyenakkan perut Najib, di mana tidak pasal-pasal isu pembunuhan Altantuya kembali menjadi panas. Keberanian DS Anwar mencabar Lee Kuan Yew untuk menampilkan bukti tentang pendedahannya berkaitan kes liwat yang dihadapinya telah melenyapkan sangkaan salah rakyat terhadap DS Anwar.

Adakah Najib juga berani berbuat seperti yang telah dilakukan oleh DS Anwar? Beranikah Najib mencabar agar pihak berkenaan menunjukkan bukti tentang pendedahan Wikileaks berkaitan isu Altantuya? Di dalam hal ini, imej DS Anwar leboh ke hadapan dari Najib. Najib hanya bergantung kepada media haprak untuk melindungi keburukan dirinya.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab pimpinan PR untuk menemui seluruh rakyat jelata agar mereka tidak terus ditipu oleh Najib dan gerombolannya. Selamatkan rakyat tanggungjawab PR sekarang./wfauzdin.blogspot.com

Dokumen Perjanjian Antara APCO Worlwide Dengan Kerajaan Malaysia

Posted by Love Perak | Saturday, December 18, 2010 | 0 comments »

Syaitan Jelmaan menafikan hubungan mereka dengan Israel. Bagaimana dengan dokumen ini?


Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!

1.Perjanjian antara  Kerajaan Israel dengan GCI International



Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara! (Siapakah mereka Pengkhianat Negara? Baca di sini)

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara! (Siapakah mereka Pengkhianat Negara? Baca di sini)

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

Sumber : Blog Kerajaan Rakyat