Tidak lama selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri, DAP negeri terus melancarkan kempennya, dengan penasihatnya, menggesa supaya menafikan BN dua pertiga majoriti.
Lim Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Timur meminta pengundi Sarawak supaya memanfaatkan sepenuhnya peti undi - untuk “memastikan Taib meletak jawatan sebagai KM”.
Lim berkata, dalam tempoh beberapa jam, Taib telah menunjukkan bahawa cakap-cakapnya untuk mengundurkan diri sebagai KM begitu kabur dan hanya beliau sahaja yang menjadi penentu "kepada apa yang dimaksud".
Malah, tegas Lim lagi, Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak sendiri pun tidak dapat berbuat apa-apa.
Katanya, Taib sebenarnya meminta "sekeping cek kosong" untuk terus menjadi KM sehingga beliau dapat mencari penggantinya dan 'membentuk satu pasukan baru' untuk mentadbir Sarawak.
Dua tugas itu, kata Lim, boleh memberi Taib keseluruhan penggal kerajaan akan datang selepas gagal selama 30 tahun yang lalu untuk menyediakan penggantinya," kata Lim adlam satu kenyataan pagi ini.
Taib telah mengumumkan semalam bahawa beliau akan mengundurkan diri selepas pilihan raya negeri akan datang. Bagaimanapun, tidak pasti beberapa lama Taib bercadang untuk kekal memegang jawatannya selepas pilihan raya negeri nanti.
Taib yang sudah 30 tahun menjadi ketua menteri, pernah membuat pengumuman yang serupa sebelum itu, yang terbaru pada 2006.
SHAH ALAM 18 MAC : Dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat di negeri ini, Umno-Barisan Nasional dilihat semakin terdesak sehingga menggunakan pelbagai taktik tidak masuk akal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anggerik, Yaakob sapari.
Buntu untuk mengembalikan sokongan rakyat yang semakin menebal kepada Pakatan Rakyat, isu penyerahan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimp pula dijadikan modal politik murahan Umno.
"Mana ada prosedur mahkamah, dah habis perbicaraan baru cari bukti, bila cukup bukti baru prosiding mahkamah diteruskan, dah habis mahkamah baru nak cari
bukti, ini mahkamah mana? Mahkamah serba boleh Barisan Nasional.
"Pakar yang mengatakan, doktor mengesahkan, dalam dubur Saiful itu ada DNA sendiri, perkara ini dah jadi lawak dalam mahkamah, Umno kehilangan idea,"katanya.
Beliau berkata demikian pada ceramah Mega "Ubah Sekarang, Tolak BN" di Dewan Beringin Seksyen 24, di sini, malam tadi.
Bukan itu sahaja katanya, Umno-BN sekali lagi menggunakan strategi jahat mereka dengan memberikan kad pengenalan (IC) kepada golongan bukan warganegara
Malaysia untuk memenangkan mereka pada pilihanraya.
Jelas Yaakob, taktik sama pernah digunapakai oleh Umno-BN di Sabah apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) kalah disebabkan projek IC ini apabila sebanyak 1.5 juta
IC palsu dilepaskan.
"Hari ini dia (BN) nak tawan Selangor, maka projek IC berlaku sekali lagi, Indonesia, Pakistan dapat IC.
"Jadi mereka (BN) dah hilang punca, negara sanggup digadai yang penting pertahankan nak tawan Selangor,"katanya lagi.
Turut hadir ceramah berkenaan ialah Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad, Bob Lokman, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang.
"Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 di sini hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas".
Taib juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan berada di Kuching esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.
Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah.
Semalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri.
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April.
Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai.
Dalam pilihan raya negeri yang lalu, BN memenangi 62 kerusi, DAP (6), PKR (1), Parti Kebangsaan Sarawak (1), dan Bebas (1).
- Bernama
Pakatan Serang Balas - DNA Najib Altantuya
Posted by Love Perak | Tuesday, March 15, 2011 | 1 comments »Oleh : Shalehudin
Sebut nama Anwar saja, Mahathir dah ketar lutut... nama bukan main punya besar, ikon Umno teragung lagi tapi penakut kat susuk kurus kecil bernama Anwar... kahkahkah...
Saifuddin Dedah Gobalakrishnan dibayar Rm 1.4juta
Posted by Love Perak | Friday, March 11, 2011 | 0 comments »Selepas 'diserang' ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di Parlimen semalam, PKR 'menyerang balas' hari ini dengan mendakwa bekas rakan seperjuangan mereka itu telah dibayar untuk meninggalkan parti pembangkang dan menyerang kepimpinannya.
PKR mengulangi pendiriannya bahawa tindakan wakil rakyatnya keluar parti, adalah didorong oleh insentif mewah yang tidak mungkin mereka perolehi jika kekal di dalam parti itu.
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution (kanan) menyifatkannya
sebagai satu godaan yang mendorong mereka menjadi mangsanya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, beliau berkata, mereka ini kemudiannya mencipta pelbagai alasan yang tidak berasas untuk menjustifikasikan pengkhianatan mereka itu.
Begitu juga, kata Saifuddin, dengan ahli parlimen Padang Serai yang juga keluar dari parti itu.
Yang anehnya, dakwa beliau, secara tiba-tiba, Gobalakrishnan dapat membayar pajakan RM1,402,250 untuk Embun Megah Sdn Bhd dialamatkan 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort Kedah - yang didakwa Saifuddin milik ahli parlimen itu - kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.
Bayaran itu, dakwanya lagi, telah dibuat melalui dua cek lewat tarikh Bank Hong Leong Bank - satu bertarikh 12 Januari 2011 berjumlah RM700,000 dan yang satu lagi bertarikh 15 Mac 2011 berjumlah RM701,250, kata Saifuddin, sambil menunjukkan salinan fotokopi cek tersebut kepada pemberita.
Fitnah Liwat : Agenda tersembunyi atau petanda baik untuk Anwar?
Posted by Love Perak | Tuesday, March 08, 2011 | 0 comments »Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.
Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin 'tidak sah'.
Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.
Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini.
[Berita penuh menyusul]



Laporan asal oleh : milosuam
.
Berikut adalah tulisan terbaru Azwan Ali di Twitter beliau. Anda boleh nilaikan sendiri bagaimana perangai Ummi Hafilda jika Abang kandungnya sendiri boleh bercakap seperti ini.
Lokap sangat teruk, Alat sulit diperiksa, Saya amat malu - Anwar
Posted by Love Perak | Thursday, March 03, 2011 | 0 comments »
Anwar yang tampil sebagai saksi pertama hari ini berkata pada 16 Julai kira-kira jam 1 petang, beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut terlihat sebuah kenderaan dengan kira-kira 10 hingga 15 anggota UTK yang bersenjata memintas keretanya."Kami terpaksa berhenti serta-merta.
Katanya ketika itu beliau berada di belakang kereta manakala peguambelanya, Sankara Nair di bahagian depan.
"Polis berkata: Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar."
Menurutnya lagi, anggota polis itu mengarahkan beliau ke kenderaan mereka.
"Apahal buat saya macam ini lagi," kata Anwar ketika menceritakan peristiwa tangkapannya itu kepada hakim Mahkamh Tinggi, Datuk Mohd Zbidin Mohd Diah.
"Saya bagi tahunya (pegawai polis itu) saya mahu berjumpa dengan Jude (Pereira) pada jam 2 petang dan telahpun memaklumkan kepadanya. Mengapa saya dilayan seperti ini?”
Menurut ketua pembangkang itu, beliau kemudian diarahkan ke bilik mesyuarat IPK KL (Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur).
Sankara dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah datang kemudiannya.
"Saya bertanya mengapa mereka melakukan saya sedemikian tetapi mereka berkata mereka mahu kerjasama saya dalam hal ini meskipun saya nyatakan saya mahu jumpa Jude.”
"Saya tanya mereka, 'awak minta saya beri keterangan, apa lagi mahu?' Mereka sepatutnya membebaskan saya.”
"Sebaliknya mereka bawa saya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan tiba selepas jam 8 malam pada 16 Julai 2008."
Anwar berkata kemudiannya dua doktor memeriksa zakar dan duburnya.
"Ini amat memalukan.”
Perkara itu dilakukan setelah pegawai penyiasat Pereira, peguamnya dan jururawat diminta beredar."Doktor-doktor kemudian bertanyakan tentang dakwaan meliwat itu.”
"Saya tanya polis dan Jude, 'bila mahu bebaskan saya?
Menceritakan keadaan di lokap itu, Anwar berkata geriji besi terdapat di keempat-empat sudut. Beliau beliau merayu kepada anggota polis untuk menyediakan tempat tidur kerana keadaan tulang belakangnya yang sakit tidak tahan tidur di lantai simen.
"Saya tidak jangkakan layan VIP tetapi keadaan agak buruk manakala tandas pula tidak bersih.” Ketika disoal-balas, Anwar berkata tidak ada anggota polis yang memaklumkan kepadnya yang dia ditahan kerana kesnya itu.
Walaupun mengesahkan bahawa tiada penderaan fizikal, Anwar mengadu beliau diheret ke kenderaan polis.














