Tidak lama selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri, DAP negeri terus melancarkan kempennya, dengan penasihatnya, menggesa supaya menafikan BN dua pertiga majoriti.
Lim Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Timur meminta pengundi Sarawak supaya memanfaatkan sepenuhnya peti undi - untuk “memastikan Taib meletak jawatan sebagai KM”.
Lim berkata, dalam tempoh beberapa jam, Taib telah menunjukkan bahawa cakap-cakapnya untuk mengundurkan diri sebagai KM begitu kabur dan hanya beliau sahaja yang menjadi penentu "kepada apa yang dimaksud".
Malah, tegas Lim lagi, Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak sendiri pun tidak dapat berbuat apa-apa.
Katanya, Taib sebenarnya meminta "sekeping cek kosong" untuk terus menjadi KM sehingga beliau dapat mencari penggantinya dan 'membentuk satu pasukan baru' untuk mentadbir Sarawak.
Dua tugas itu, kata Lim, boleh memberi Taib keseluruhan penggal kerajaan akan datang selepas gagal selama 30 tahun yang lalu untuk menyediakan penggantinya," kata Lim adlam satu kenyataan pagi ini.
Taib telah mengumumkan semalam bahawa beliau akan mengundurkan diri selepas pilihan raya negeri akan datang. Bagaimanapun, tidak pasti beberapa lama Taib bercadang untuk kekal memegang jawatannya selepas pilihan raya negeri nanti.
Taib yang sudah 30 tahun menjadi ketua menteri, pernah membuat pengumuman yang serupa sebelum itu, yang terbaru pada 2006.
¡Hola mundo!
8 years ago
SEHUBUNGAN DENGAN ITU LIM JUGA AKAN MELETAKKAN JAWATAN DALAM PARTI DAN MENYERAHKANNYA KEPADA ANAKNYA.
KARPAL AKAN LETAKKAN JAWATAN DAN SERAHKAN KEPADA ANAKNYA.
NUAR AKAN LETAKKAN JAWATAN DAN SERAHKAN KEPADA ANAKNYA.
HANYA NIK AZIZ SAHAJA TAK KAN LETAK JAWATAN SEBAB ANAK DIA BELUM SEDIA LAGI..
Pada pendapat saya:-
Pembangunan telah ada di Sarawak seperti jalanraya, bekalan air bersih, sekolah, lampu elektrik dan lain-lain lagi sama seperti disemenanjung.
Bezanya pembangunan menyeluruh belum lagi selesai kerana bentuk geogarfi Sarawak yang luas.
Keadaan yang sama juga masih terdapat dikampung-kampung disemenanjung dan pembangunan akan diteruskan.
Adalah tidak wajar rakyat Sarawak percaya kepada pihak yang selama ini tidak ada membawa sebarang kemajuan dan pembangunan kepada negeri Sarawak untuk kebaikan dan kepentingan rakyat Sarawak.