http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Pakatan Serang Balas - DNA Najib Altantuya

Posted by Love Perak | Tuesday, March 15, 2011 | 1 comments »

Kerajaan Rakyat - KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan menggerakkan kempen yang dinamai ‘DNA Najib-Altantuya’ sebagai reaksi terhadap  tohmahan pimpinan dan media kawalan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu sampel DNA.

“KEADILAN akan menggerakkan kempen bertema ‘DNA Najib-Altantuya’. Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini
Bercakap pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, beliau berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara.

“Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan,” katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, demonstrasi yang diadakan  ahli Umno BN menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA sebagai suatu tindakan politik yang pincang.

“Sudah jelas bahawa kes ini adalah kes politik. Ia sengaja diwujudkan untuk memberi kesan kepada pengundi pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

1 comments

  1. Anonymous // March 15, 2011 at 6:35 PM  

    Sape pulak yang OKT ni.... auta sungguh...