http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Kes pembantu rumah disiksa dan didera seperti hamba abdi banyak dipaparkan di dada akhbar. Kekadang susah nak percaya, tergamaknya hati majikan yang terbabit berkelakuan ganas seperti itu. Ada majikan yang menseterika badan pembantu rumahnya, ada yang menyimbah air panas di muka dan badan, ada yang mengetuk dengan lesung sambal dan berbagai-bagai lagi.

Tetapi di dalam kes yang berlawanan ada juga pembantu rumah melawan 'towkay'. Ada kes pembantu rumah menggigit tangan majikan kerana tidak tahan leteran, ada yang mengkelar leher majikan dan macam-macam lagi.

Walau apapun tindakan majikan yang tidak berhati perut ini menimbulkan satu keresahan di kalangan pemimpin Indonesia sehingga mereka mengambil keputusan mulai semalam memberhentikan sementara penghantaran pembantu rumah untuk bekerja di Malaysia sehingga perbincangan mengenai kajian semula memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu diselesaikan.

Sedikit sebanyak perasaan pemimpin Indonesia terguris berkait dengan perilaku sesetengah majikan yang tidak bertamaddun itu. Kerana mereka, ramai lagi majikan yang memerlukan pembantu-pembantu rumah terjejas dan menghadapi kesulitan.

0 comments