http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Perkataan "Jahanam" Buat UMNO Demam

Posted by Love Perak | Thursday, August 06, 2009 | 0 comments »

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi menegaskaN perkataan jahanam yang digunakan oleh Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz menyedarkan Umno sehingga Najib sanggup bersemuka dengan Tok Guru baru-baru ini.

"Sesekali Tok Guru menggunakan bahasa kasar Umno 'demam' seminggu dan dia insaf sekejap, sebab itulah Najib datang ke Kelantan dan sama-sama gosok anak kambing dengan Tok Guru".

"Tok Guru telah bersabar 19 tahun dengan deraan dan kezaliman Umno/BN di Pusat, anaknya Nik Adli ditahan di bawah ISA 6 tahun; wang bantuan perkapita Kelantan di sekat dan royalti minyak untuk Kelantan dinafikan" ujar Nasruddin.
Nasruddin berkata, dengan perkataan jahanam Umno tiba-tiba Umno menjadi agak lembut dan Najib sanggup bertemu Tok Guru dalam kunjungannya ke Kelantan.

Menurut Nasruddin perkataan kasar seperti celaka dan jahanam ini digunakan oleh di dalam Al-Qu'ran. Sebagai contoh katanya Allah mencerca Abu Lahab dengan firmannya " CELAKALAH kedua-dua tangan Abu Lahab......".
"Ayat ini kita gunakan dalam Solat, maknanya kita Maki Hamun dengan guna perkataan CELAKA dalam sembahyang".

"Ini hendak menggambarkan bahawa Allah menggunakan perkataan kasar dan maki hamun pada keadaan tertentu" tambahnya.
Maka tidak hairan kalau sesekali Tok Guru menggunakan perkataan jahanam dan celaka bagi golongan seperti Umno yang memang jahat, zalim dan menentang Islam.

Selain dari hujah diatas Nasruddin juga memberikan beberapa contoh lain bagaimana Nabi yang merupakan seseorang pemaaf tetapi dalam keadaan tertentu tidak memaafkan seorang dari musuhnya.

"Nabi Muhammad S.A.W telah memaafkan semua orang termasuk Wahsyi yang membunuh bapa saudaranya Hamzah dalam perang Uhud walaupun Nabi sering teringatkan Hamzah setiap kali bertemu dengan Wahsyi".

"Namun selepas Wahsyi memeluk Islam Nabi memaafkan beliau".
Namun kata Nasruddin, Nabi tidak memaafkan seorang penyair, Kaab bin Asyraf sehingga Nabi meminta sesiapa yang berjumpa dengan Kaab hendaklah memenggal kepada Kaab walaupun ketika Kaab bergantung di Kaabah.
"Begitulah tegasnya Nabi kerana Kaab telah mencerca dan menghina Nabi di dalam Syairnya" tegas Nasruddin.

Nasruddin berkata demikian ketika berceramah bersama-sama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka di Pejabat PAS Rumah Awam Bukit Lintang di sini malam tadi.

-Mutaligat

0 comments