N11 Permatang Pasir : Polis mula provoke penyokong Pakatan Rakyat
Berita mengenai YB Gobalakrishnan ditahan polis memang saheh. Benda tu berkalu masa YB Tian Chua nak bagi ucapan di depan penyokong Pakatan Rakyat yang berhimpun di depan pusat penamaan calon.Baru ja dia mula berucap tiba-tiba berenti, orang ramai riuh rendah, macam ada sesuatu yang 'dahsyat' berlaku. Tian Chua pun turun dari pentas kecik tempat dia berdiri bagi ucapan tadi. Kami yang kat belakang ni tertanya-tanya apa yang berlaku. Mula la orang ramai buat andaian sendiri. Ramai yang kata FRU cuba tangkap Tian Chua.
Lama lepas tu baru Tian Chua sambung ucapan. Dia bagitau YB Gobalakrishnan di tahan polis, tapi dia tak bagitau pulak pasai apa.
Ikut kata YB Ust Firdaus Jaafar , Ahli Parlimen Jerai, cara polis tangkap Gobala cukup ganas. Tangan dia dikilas ke belakang sampai dia jatuh tertiarap. Lepas tu ada yang tambah kata polis siap pijak tengkuk dia. Ada pulak yang tambah kata polis tangkap Gobala lepas dia laungkan, "Undur Najib, undur Najib, undur Polis".
Pada aku tindakan polis tu takdak lain tujuan melainkan nak provoke penyokong Pakatan Rakyat. Nasib baik tak jadi 'apa-apa' yang buruk masa tu, maksud aku tak sampai jadi rusuhan.
Harap-harap tindakan tu bukan mencerminkan cara tindakan polis selepas ni. Kalau lepas ni pun polis ambik tindakan cara tu, memang kemungkinan akan berlaku perkara yang tak diingini.
Masa ucapan pendek di pentas bergerak selepas habih penamaan calon, YB Mahfuz mengingatkan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya menjaga tingkah laku semasa kempen, dia ingatkan yang "Kita nak menang dengan bergaya"
Dia jugak menggesa semua yang hadir bersurai dengan cara yang baik dan terus melapor diri untuk bertugas d UPU yang sepatutnya mengikut negeri macam yang dah di tentukan. "Jangan sampai ada yang tak menyumbang langsung."
YB Dr. Mujahid mengingatkan semua jangan "over confident"
Ketua Penerangan, Ust Idris Ahmad melaung selogan "Hidup Rakyat"
0 comments
Post a Comment